Sunday, January 15, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 9

Bila dengar jawapan dari mulut dia sendiri, baru lega sikit hati aku. Kalau tidak ntah apa-apa yg akan aku fikirkan nanti tapi setahu aku Joe xpernah menipu aku, jika A...A lar katenye. Xperlah Tuhan tu Maha Mengetahui apa yg aku boleh buat, hanya berdoa yg terbaik untuk kami, itu saja.

Hmm..Da berminggu-minggu dia langsung xcontact aku, busy sangat kew dia sekarang?? Nak kate prepare utk SPM, SPM tahun depan kot. Xpelar, cuti nie aku nak pergi sana nak jumpa dengan dia, rindu sangat-sangat kt dia.

"Hello, Assalamualaikum, Joe!! Kau kt mane??"
"Waalaikumussalam, hey Shah, ape cita?? aku dekat kampung lar ade kenduri sikit, kenapa??"
"Haa?? Kau kat kampung?? Aduhh..parah nie, aku baru jew sampai Taiping nie aku ingat kau xkemana-mana"
"Tular kau Shah dari kecik xberubah-rubah suka sangat bagitawu last min kan, habis macam mane skang?? mane kau nak tido nie??"
"Hahaha,,biaselar aku mmg suke buat suprise, xpelar pasal tempat tido aku jgn risau, surau masjid banyak. lagipon senang sikit aku nak solat semua"
"Xpe kew kau tido kat situ??"
"Lar xpelar nak kisah apenya, lagipon aku jadi tetamu Allah s.w.t malam nie, xsalahkan??lagipon dah lama aku xsolat kt surau tu.."
"Memanglar xsalah, tapi surau tu orang da xguna sangat sebab ade masjid baru siap kt depan simpang tuh, lgpon kt belakang surau tu kan kubur, kau xtakut kew??"
"Lar nk takut kan ape dengan kubur tuh?? Xlama lg kt situ jugak lar kita duduk, so chill lar bro, dah kau jgn risau pasal aku okay..aku pandai jage diri aku, kirim salam dekat family kau okay??"
"Suka hati kau lar ye Shah, ya InsyaAllah nanti aku sampaikan..yg kau nie tiba-tiba jew balik kenapa?? Nak jumpa dengan Melissa lagi kew??"
"A'ah da lame aku xcontact dengan dia sebab tu aku balik nie.."
"Shah..Shah..sayang betul kau dekat Melissa tu kan, walaupon kau jauh macam mane sekali pon mesti kau balik nk jumpa dia, xtaw lar aku kalau dia xhargai kau jugak.."
"Nie lar namanya pengorbanan Joe"
"Betul Shah, tp..biarlar kita berkorban atas benda yang pasti..okay..itu nasihat aku, aku xnak tgk kau kecewa nanti.."
"Aku da buat bahagian aku Joe dan aku da berusaha untuk menjaga hubungan nie, jadi terpulang lar kepada takdir"
"Baiklah, kau jage diri kau elok-elok kt sana nanti, bila aku da nak balik ke Taiping aku call kau okay??"
"InsyaAllah bro, kau pon same, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam.."


Nampaknya, aku terpaksa lar bermalam dekat surau nie jew, xpelar lebih baik ade daripada xde. Dulu surau nie, cantik jew selalu jew orang datang dan dulu di perkarangan surau nie lar tempat aku bermain, tapi sekarang lepas ade jew masjid baru, surau nie macam dah xde sapa guna kan lagi, berhabuk sana-sini. Kawasan perkuburan pon bersemak-samun, xperlar bialar aku kemas apa yg patut, atleast ade jugak benda yg boleh aku buat, xdelar bosan sangat.

Setelah dekat 2 jam lebih aku mengemas surau dan kawasan perkuburan nie, akhirnya baru lar surau dan kubur nie nampak kemas sikit. Selesai sahaja aku mandi, aku pon solat Zuhur dan membaca Yasin utk sedekah kepada penghuni-penghuni kubur nie, aku pasti sudah lama sanak-saudaranya tidak datang, selepas itu aku pon cuba merehatkan diri di serambi surau, badan ku letih sangat-sangat mana tidaknya perjalanan aku dari Kelantan menaiki bas mengambil masa hampir 8jam. Sedar-sedar jew da dekat 3 jam aku terlelap, aku pon cepat-cepat bangun menunaikan fardhu Asar.

"Apalar agaknya yg Melissa tgh buat ye sekarang??bisikku di dalam hati.


Nak jumpa xsempat pulak, xperlah esok saja jumpa lagipon dia xtahu aku datang nie. Petang tu aku berjalan-jalan di sekitar pekan Taiping, pekan nie masih macam dulu, xbanyak yg berubah. Aku membeli sedikit makanan untuk makan malam nie, jadi xperlulah aku keluar 2 3 kali ke pekan.

Setelah pulang dari pekan, aku terus ke surau kerana cuaca sudah mendung, aku rasa malam nie mesti hujan lebat. Cuaca di Taiping sungguh berbeza jika nak di bandingkan dengan Kelantan, Taiping selalu hujan tapi Kelantan cuacanya panas sedikit. Selesai aku solat Isya', aku pon makan makanan yg aku beli tadi, baru sahaja aku nak suapkan makanan itu ke mulut ku, guruh pon berdentum dengan kuat menandakan hari akan hujan.

Malam tuh, hujan turun dengan lebat sekali. Memang tepat jangkaan aku, aku pon memakai sweater yg aku bawa, memang betul-betul sejuk malam tu, rasa sampai kew tulang sejuknya. Aku cuba untuk lelapkan diri seketika, tapi masih xboleh kerana terlalu banyak nyamuk, aku tidur cuma beralaskan beg dan juga berselimutkan sejadah.

"Sabar Shah..Sabar..kau selama ni da terlalu selesa tidur kan, jadi xsalah kalau tidur dlm keadaan yg macam nie" aku cuba untuk memujuk diri ku..


Aku tiba-tiba teringat cerita yg ibu pernah cerita kan kepada aku masa aku kecil lagi.

"Dulu Rasulullah s.a.w beradu pon hanya beralaskan sekeping papan dan sehelai kain kecil yg bila kainnya ditarik utk menutup muka maka akan nampaklah kakinya begitu juga jika ditutupnya kaki maka akan nampaklah muka."

Bila teringat jew cerita ibu tuh, hati aku terus rasa lega. Aku langsung xhiraukan lagi bunyi-bunyi nyamuk yg "bersiul-bersiul" di telinga aku. Walaupon badan ku menggigil kesejukkan, tapi aku cuba untuk gagahkan juga. Hanya zikrullah sahaja yg aku ucapkan di bibir supaya dapat menghilangkan kesejukkan, sedang asyik aku berzikir lama-lama aku pon terlena. Pada malam tu aku termimpi sesuatu yg amat ganjil sekali, aku bermimpi yg aku bangun di satu kawasan yg sekelilingnya putih sahaja, tiba-tiba ada seorang orang tua datang kepada ku dan berkata.

"Assalamualaikum anak muda, bolehkah aku meminta sedikit bekalan makanan kamu itu, aku sudah 180 tahun tidak makan dan minum??"
"Waalaikumussalam, err..err..siapakah gerangan pak cik nie?? Apa maksud pakcik yg pakcik sudah 180 tahun tidak makan dan minum??"
"Pakcik merupakan penghuni di kubur belakang surau tempat kamu tidur ini, dahulu pada zaman pakcik hidup, pakcik merupakan seorang yg amat terkenal dan kaya tetapi pakcik langsung tidak pernah beramal dengan apa yg pakcik miliki, pakcik bongkak,takbur dan langsung tidak pedulikan anak bini pakcik, oleh sebab itu lah pak cik tidak dapat makan dan minum di dalam alam ini, sebab anak bini pakcik langsung xde doakan pakcik dan bacakan Yasin untuk pakcik, tetapi pakcik bersyukur kerana bila kamu datang jew ke sini kamu telah sedekah pakcik semua dengan zikir-zikir dan bacaan Yasin kepada kami, bertuah ibu bapa kamu mempunyai anak yg baik seperti kamu.."
"Astaghfirullah Al-Azim..Assalamu'ala ahlid diyar, minal mu'minina wal muslimin, antum lana' farthun, wa nahnu insyaAllahu bikum lahiqun..baiklah pakcik InsyaAllah saya akan doakan pakcik dan penghuni-penghuni kubur yg lain..sekarang nie pakcik pulanglar ke dunia pakcik balik di sini bukan dunia pakcik lagi"
"Alhamdulillah, terima kasih orang muda..terima kasih.."


Orang tua tadi terus lenyap dari pandangan mataku dan aku terus tersedar lalu aku menadah tangan ku dan membaca doa.


"Bismillahhirrahmannirrahimm..Allahumma inni as-aluka bihaqqi Muhammadin wa 'ali Muhammad an la tu'adzdziba hadzal mayyit..Allahumarham ghurbatahu, wa shil wahdatahu, wa anis wahsyatahu, wa amin raw'atahu, wa askin ilayhi min rahmatika yastaghni biha an rahmatin min siwaka, wa alhiqhu biman kama yatawallahu..aminn ya rabbal alaminn.."


(Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Ya Allah, aku bermohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad janganlah azab penghuni kubur ini..Ya Allah, kasihi keterasingannya, sambungkan kesendiriannya, hiburlah kesepiannya, tenteramkan kekhuatirannya, tenangkan ia dengan rahmat-Mu yg dengannye tidak memerlukan kasih sayang selain daripada-Mu dan susulkan ia kepada orang yg ia cintai..aminn..)


Pagi nie aku rasa amat indah sekali, nyaman sahaja udara di kawasan surau nie. Selepas aku siap bersarapan aku pon menghubungi Melissa.

"Hello Assalamualaikum Is"
"Waalaikumussalam,ye Shah..ade ape??"
"Xde apa Is, Shah dekat Taiping nie..jom jumpa?? Shah tunggu dekat tempat biasa okay??"
"Baeklah Shah, dalam pukul 11 nanti kita jumpa ya"
"Okay sayang"


Lain betul nada suara dia, da xmacam sebelum-sebelum nie. Xpelar dia xsihat agaknya. Jadi aku pon bersiap untuk berjumpa dengan dia di tempat biasa, ketika aku dalam perjalanan tiba-tiba...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment