Thursday, June 7, 2012

Kiniku Kembali

Hye semua maafkan saya, setelah sekian lama mendiamkan diri dan tidak meng"update"kan apa-apa di sini. Pelbagai benda yang telah berlaku di dalam hidup saya semenjak saya meninggalkan cerita novel saya. Ya, mungkin dulu saya ada tempat untuk mengadu dan berkasih-sayang tapi kini tiada lagi. Hmmm..ya memang perit jika nak lalui semua ni seorang diri tapi tidak mengapa. Itu adalah pilihan dia dan aku redha dengan ketentuan Illahi, lagipun aku bukanlah yang terbaik untuk dirinya. Jadi, korang pasti tertanya-tanya siapa yg aku cintakan dengan sepenuh hati ni. Ya, aku akan ceritakan dari mula sampai akhir tentang kisah percintaan kami. So, tunggu ya! =)

Thursday, January 19, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 10

Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Nama Melissa tertera di skrin handphone.

"Assalamualaikum Shah"
"Waalaikumussalam Is"
"Is nak bagitahu nie, Is rasa Is xdapat nak jumpa Shah lar arini, Is kene balik kampung."
"Haa?? Hmm..xpelar kalau macam tu, da xde rezeki kan nak wat macam mana, berapa hari Is kat sana??"
"Mungkin dalam seminggu Shah"
"Hmm..xpelar kalau macam tuh, Shah rasa baik Shah balik Kelantan petang nie, sebab Joe pon xde kt sini"
"Joe kat mane??"
"Dia balik kampung jugak Is"
"Abes Shah tido mane semalam??"
"Err..Shah tido dekat..Shah tido dekat rumah kawan Shah"
"Owhh xpelar kalau macam tuh, ok lar Shah, Bye"
"Hurmm..Assalamualaikum"

Tuutt..tuuutttt..Hanya bunyi tu yang aku dengar selepas perbualan kami. Aku xnak fikirkan apa-apa masa tuh, mungkin dia ade hal mustahak di sana. Keesokkan pagi aku selamat sampai di Kelantan dan luangkan masa cuti aku bersama keluarga.

Hari berganti hari, satu panggilan dan juga message dari Melissa langsung tiada. Aku risau dengan keadaan dia, lama jugaklah aku xjadi tentu arah memikirkan pasal dia. Berat badan aku susut masa tu, sebab aku di masukkan ke dalam hospital. Doktor kate badan aku terlalu lemah, sebab xcukup makan dan juga rehat. Macam mana aku nak makan kalau aku asyik teringatkan dia?? Macam mana aku nak tido kalau aku asyik terbayangkan dia??
Macam mana aku nak hadapi SPM tahun nie, aduhh!!

Akhirnya, setelah 3 minggu xde khabar berita dari dia, akhirnya dia ada hantar "sms".

"Shah, sorry sangat2 sebab lama xcall n xmsg Shah, Is busy sangat2 sekarang sebab xlama lagi nak SPM kan. So Shah jgn risau pasal Is, Is okay jew. So take care ya"

Terubat rindu kat hati nie bila dapat message dari dia. Walaupun hanya beberapa patah perkataan jew, tapi bagi aku tuh pon da ckup. Sebab aku tawu yg dia masih ingatkan aku.

Harini merupakan hari yg amat besar bagi aku, kerana hari nie yg akan menentukan masa depan aku dan juga bakal melaksanakan impian aku untuk menjadi seorang pilot. Sijil Penilaian Menengah (SPM), merupakan saat berdebar-debar bagi semua pelajar termasuk aku. Hanya yg betul-betul bersedia sahaja akan hadapinya dengan tenang.

Xsangka da hampir 3 bulan peperiksaan SPM berakhir, aku sempat jugak membuat kerja-kerja sambilan di butik-butik pakaian di pusat membeli-belah di sekitar rumah aku. Sekurang-kurangya adelar jugak duit poket aku untuk berbelanja, namun Melissa masih juga seperti dulu jarang hubungi aku, katanya dia juga bekerja sambilan di sebuah kedai lampu perhiasan di pekan Taiping dan Joe pula membantu maknya di kedai.

!4 Feb - Valentine Day's

Ya! aku tawu berdosa bagi umat Islam yg menyambutnya, maafkan aku sebab aku dulu amat daif dalam bab-bab agama.

Aku membuat keputusan sehari sebelum hari itu berlangsung untuk pulang ke Taiping dengan senyap-senyap lagi untuk buat suprise kepada Melissa, tapi kali nie hanya Joe sorang jew yg tahu aku kan balik.

Tepat pukul 9pagi aku sampai di Taiping, aku pon call Joe minta dia amek aku di station bus. Bende yg pertama sekali aku buat bila aku sampai di Taiping ialah..Beli bunga!!! Ya, aku beli bunga..Ni merupakan kali pertama aku beli bunga untuk perempuan. Xsangka romantik juga aku nie kan. hehe. Joe pon terkejut tengok aku bila dia sampai, tangan sebelah kanan aku pikul beg, sebelah kiri pegang bunga.

"Haa..sejak bile pulak kau jadi mat bunga nie??"
"Hahaa..baru jew kejap-kejap tadi bro, xdelar aku tgk bunga ni macam cantik jew, so aku ingat aku nak bagilar bunga nie dekat Is"
"Hahaaa..elok sangatlar tuh, so amacam bro?? Sihat??"
"Sihat alhamdulillah, makin berisi ye kau sekarang"
"Mana tidaknya, asyik makan tidur,makan tidur jew kat rumah"
"Hahaa..bagus-bagus..itu maknanya kau nak membesar..hahaa"
"Banyaklar kau punya membesar..haha"
"Eyh Joe tolong bawak aku kat tempat Melissa kerja, aku nak bagi surprise dekat dia"
"Okay bro, jom!! Nah helmet.."
"Orait..tq bro"

Rupanya-rupanya tempat kerja Melissa xdelar jauh sangat dengan station bus tuh, kalau taw tadi jalan kaki jew, tapi segan plak nak jalan sambil pegang bunga nie.

"Eyh Joe, mintak tolong ckit bole x??"
"Ape dia bro??"
"Kau tolong panggil dia kat atas, aku tunggu kat bawah aku nak kasi suprise kat dia, bole ye??"
"No hal lar bro, bole jew"
"Thanx bro!"

Ketika Joe pergi naik ke atas untuk panggil Melissa, aku pon menyorok dekat belakang tiang, saje nak wat suprise lagipon aku da cakap dengan Joe, jangan cakap aku yg nak jumpa. Tiba-tiba aku terdengar suara Melissa berborak dengan Joe, aku cepat menyorok ke dalam sedikit, supaya dia xnampak aku. Bila dia da lalu jew depan tiang yg aku menyorok tadi, aku cepat-cepat pusing belakang dia dan sentuh bahu dia.

"Assalamualaikum Is"
"Haaa???? Shahhh!! Shahh wat apa kat sini?? Bila sampai?? Kenapa xbagitawu nak balik!!"

Nada suara dia time tu agak lain, dia macam cemas n terkejut sangat-sangat bila tgk aku kat depan dia tapi apa yg aku pasti dia bukan terkejut dengan suprise aku.

"Shah baru jew sampai Is, Shah saje jew xnak bagitawu Is, Shah nak wat suprise, by da way Happy Valentines Day sayang.."

Aku terus bagi bunga tu dekat dia, tapi reaksi dia pelik sangat, dia macam terkedu n macam xde perasaan jew.

"Hmm..thanks Shah, eyh Is nga kerja sekarang nie, nanti dalam pukul 3ptg kita jumpa dekat The Store okay??"
"Okay Is"

Dia terus berlalu dengan bunga di tangannya langsung xtoleh ke belakang. Aku betul-betul pelik dengan sikap dia sekarang, kenapa dia macam tu?? Selalunya dia akan happy sangat-sangat sampai lompat-lompat bila jumpa aku, tapi kali nie..sumpah!! lain sangat. Apa da jadi dengan dia?? Xpelar nanti petang aku tanya dia kenapa, so aku ngan Joe pon balik ke rumah untuk simpan beg dan rehat sekejap. Sambil-sambil rehat tu tiba-tiba Joe bersuara.

"Kau betul-betul kew sayangkan Melissa tu Shah??"
"Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu Joe?? Kau pon tawu kan macam-macam dah aku korbankan utk dia, mestilar aku sayangkan dia, dia tu first love aku Joe"
"Ye Shah itu aku tawu, tapi dia pulak macam mana?? Perasaan dia kt kau sama kew??"
"Kenapa kau ckp macam tu Joe??"
"Xdelar budak-budak kita selalu cakap dia nampak Melissa keluar dengan Afiq tp aku xnak bagitawu kau dulu sebab aku xnampak depan mata, nant kalau xbetul fitnah jadinya."
"Aku xpercaya dengan budak-budak nie, diorang kadang-kadang suka buat cerita jew"
"Xpelar bro, aku tawu kau betul-betul sayangkan dia"

Tepat jew pukul 2 aku dengan Joe terus ke The Store, sambil-sambil menunggu tuh sempat jugak lar aku makan cendol dulu sebab nak hilangkan perasaan resah nie. 

"Mana si Melissa nie?? Da dekat pukul 4 da, janji pukul 3" aku mengomel di dalam hati.

Tiba-tiba aku ternampak dia naik skuter dengan seseorang. 

"Haa?? Afiq!! Apehal dia naek moto dengan mamat tuh."

Bila Melissa turun jew dari skuter n bukak helmet, dia terus meluru datang dekat aku.

"Shah, Is xbole terima bunga nie, Shah ambil lar balik."
"Is..kenapa nie?? Shah beli bunga nie khas untuk Is taw, if xcantik xpe Shah boleh pegi beli bunga lain utk Is"
"Tak Shah, bukan macam tu"
"Habis tu?? Kenapa tiba-tiba bagi balik bunga nie?? 

Melissa hanya diam seribu bahasa sambil pandang ke bawah.

"Tu Afiq kan Is?? Kenapa Is datang dengan dia pulak??"

"Jawab soalan Shah, Is..Janganlar diam..Apa hubungan Is dengan Afiq tuh??"

Aku terus terduduk di tangga mall tu sambil memerhatikan Melissa yg sedang menangis teresak-esak di sebabkan soalan yg aku bagi bertubi-tubi tadi.

"Shah, isk..iskk..maafkan Is..Shah. Iskk..iskk..Is sendiri xpaham dengan perasaan Is, Shah jauh sangat dekat sana, Is sunyi Shah..isk..iskk"
"Sunyi ape nya Is?? Shah selalu jew call Is, message Is n balik Taiping nie bile Shah cuti, sunyi apa lagi??"
"Iskk..iskk..ye Shah itu Is taw, Is perlukan seseorang yg bole jaga Is kat sini"
"Is..opah kan ade bole jage Is n Is nak risaukan ape kawan-kawan Shah kat sini sume kenal    Is, if ade pape just cakap jew mesti diorang tolong."

Melissa terdiam balik sambil terus menangis. Aku pon tarik tangan dia pergi dekat Afiq sambil di perhatikan oleh Joe.

"Afiq, aku nak tanya ckit nie..da berapa lama korang bercintan nie??"
"Yang kau nak sibuk kenapa Shah??"
"Bro..aku tanya elok-elok nie..sejak bila??"
"Aku dgn dia da couple dekat setahun.."
"Setahun?? Hurm...tapi bro, kau tawu kan dia still dengan aku??"
"Yup!! aku tawu!! Dah dia yg nak kat aku, aku amek jelar??"

Aku terus berpaling kepada Melissa.

"Is..betul kew ape yg Afiq cakap nie??"
"Is xtawu Shah..Iskk..iskk..Is betul-betul xtawu nak cakap ape sekarang..isk..iskk.."
"Kenapa Is buat Shah macam nie ya?? Xckup kew segala pengorbanan Shah kat Is??"

Tiba-tiba si Afiq menyampuk.

"Hey Shah, dahlar..dia da xnak dekat kau, kau pergilah balik Kelantan kau tuh."
"Afiq..please..kau tolong diam jap, aku nak bercakap dengan dia."
"Habis kalau aku xnak diam kau nak wat ape?? Kau nak gado dengan aku ke??"

Aku dengan Joe hanya tersenyum dengan kata-kata Afiq, sebab ketika itu, hati aku seolah-olah kosong,xde perasaan marah, geram, benci, saket hati ataupon apa-apa.

"Bro, aku nie bukan jenis jantan yg nk bergado or saket-saketkan badan untuk perempuan yg xsetia okay. Xpelar..aku pon malas nak panjang cerita, lagipon korang da dekat setahun kan tipu aku..so xpelar, korang just go on jew okay, aku janji yg aku xkan kacau korang berdua lagi..So Afiq..kau ameklah bunga nie dan bagikan kepada Is, sebab aku memang betul-betul belikan bunga nie utk dia...dan Is anggaplah bunga nie daripada Afiq, bukan daripada Shah lagi okay, lagipon bunga secantik nie..bukan di tong sampah letaknya..tempat yg sesuai adalah di hati orang yg sedang bahagia bercinta..So Is jage diri baek-baek lepas nie, kirim salam rindu Shah dekat opah ye, sebab lepas nie Shah akan pergi selama-lamanya dalam hidup Is dan Shah xkan kembali lagi..dan kau Afiq, jage dia baik-baik. Aku dengar kau buat bukan-bukan sampai lubang cacing aku cari kau.."

Lepas jew aku cakap macam tu, air mata Melissa makin mencurah-curah sambil meminta maaf daripada aku 

"Iskk..iskk..maafkan Is..Shah..maafkan Is!!!"
"Shah dah lama maafkan Is, jage diri baik-baik, Assalamualaikum."

Aku terus start moto n masuk jalan wrong way, masa tu otak aku blank, hati aku kosong, aku xboleh berpikir apa-apa. Habis semua kereta n moto orang aku nak langgar, aku dan Joe nyaris-nyaris nak terlanggar lori ais. Aku terus pecut laju menuju ke tempat yg aku sendiri xtahu nak di tuju.

Dan aku tiba-tiba terhenti di suatu tempat..


Sunday, January 15, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 9

Bila dengar jawapan dari mulut dia sendiri, baru lega sikit hati aku. Kalau tidak ntah apa-apa yg akan aku fikirkan nanti tapi setahu aku Joe xpernah menipu aku, jika A...A lar katenye. Xperlah Tuhan tu Maha Mengetahui apa yg aku boleh buat, hanya berdoa yg terbaik untuk kami, itu saja.

Hmm..Da berminggu-minggu dia langsung xcontact aku, busy sangat kew dia sekarang?? Nak kate prepare utk SPM, SPM tahun depan kot. Xpelar, cuti nie aku nak pergi sana nak jumpa dengan dia, rindu sangat-sangat kt dia.

"Hello, Assalamualaikum, Joe!! Kau kt mane??"
"Waalaikumussalam, hey Shah, ape cita?? aku dekat kampung lar ade kenduri sikit, kenapa??"
"Haa?? Kau kat kampung?? Aduhh..parah nie, aku baru jew sampai Taiping nie aku ingat kau xkemana-mana"
"Tular kau Shah dari kecik xberubah-rubah suka sangat bagitawu last min kan, habis macam mane skang?? mane kau nak tido nie??"
"Hahaha,,biaselar aku mmg suke buat suprise, xpelar pasal tempat tido aku jgn risau, surau masjid banyak. lagipon senang sikit aku nak solat semua"
"Xpe kew kau tido kat situ??"
"Lar xpelar nak kisah apenya, lagipon aku jadi tetamu Allah s.w.t malam nie, xsalahkan??lagipon dah lama aku xsolat kt surau tu.."
"Memanglar xsalah, tapi surau tu orang da xguna sangat sebab ade masjid baru siap kt depan simpang tuh, lgpon kt belakang surau tu kan kubur, kau xtakut kew??"
"Lar nk takut kan ape dengan kubur tuh?? Xlama lg kt situ jugak lar kita duduk, so chill lar bro, dah kau jgn risau pasal aku okay..aku pandai jage diri aku, kirim salam dekat family kau okay??"
"Suka hati kau lar ye Shah, ya InsyaAllah nanti aku sampaikan..yg kau nie tiba-tiba jew balik kenapa?? Nak jumpa dengan Melissa lagi kew??"
"A'ah da lame aku xcontact dengan dia sebab tu aku balik nie.."
"Shah..Shah..sayang betul kau dekat Melissa tu kan, walaupon kau jauh macam mane sekali pon mesti kau balik nk jumpa dia, xtaw lar aku kalau dia xhargai kau jugak.."
"Nie lar namanya pengorbanan Joe"
"Betul Shah, tp..biarlar kita berkorban atas benda yang pasti..okay..itu nasihat aku, aku xnak tgk kau kecewa nanti.."
"Aku da buat bahagian aku Joe dan aku da berusaha untuk menjaga hubungan nie, jadi terpulang lar kepada takdir"
"Baiklah, kau jage diri kau elok-elok kt sana nanti, bila aku da nak balik ke Taiping aku call kau okay??"
"InsyaAllah bro, kau pon same, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam.."


Nampaknya, aku terpaksa lar bermalam dekat surau nie jew, xpelar lebih baik ade daripada xde. Dulu surau nie, cantik jew selalu jew orang datang dan dulu di perkarangan surau nie lar tempat aku bermain, tapi sekarang lepas ade jew masjid baru, surau nie macam dah xde sapa guna kan lagi, berhabuk sana-sini. Kawasan perkuburan pon bersemak-samun, xperlar bialar aku kemas apa yg patut, atleast ade jugak benda yg boleh aku buat, xdelar bosan sangat.

Setelah dekat 2 jam lebih aku mengemas surau dan kawasan perkuburan nie, akhirnya baru lar surau dan kubur nie nampak kemas sikit. Selesai sahaja aku mandi, aku pon solat Zuhur dan membaca Yasin utk sedekah kepada penghuni-penghuni kubur nie, aku pasti sudah lama sanak-saudaranya tidak datang, selepas itu aku pon cuba merehatkan diri di serambi surau, badan ku letih sangat-sangat mana tidaknya perjalanan aku dari Kelantan menaiki bas mengambil masa hampir 8jam. Sedar-sedar jew da dekat 3 jam aku terlelap, aku pon cepat-cepat bangun menunaikan fardhu Asar.

"Apalar agaknya yg Melissa tgh buat ye sekarang??bisikku di dalam hati.


Nak jumpa xsempat pulak, xperlah esok saja jumpa lagipon dia xtahu aku datang nie. Petang tu aku berjalan-jalan di sekitar pekan Taiping, pekan nie masih macam dulu, xbanyak yg berubah. Aku membeli sedikit makanan untuk makan malam nie, jadi xperlulah aku keluar 2 3 kali ke pekan.

Setelah pulang dari pekan, aku terus ke surau kerana cuaca sudah mendung, aku rasa malam nie mesti hujan lebat. Cuaca di Taiping sungguh berbeza jika nak di bandingkan dengan Kelantan, Taiping selalu hujan tapi Kelantan cuacanya panas sedikit. Selesai aku solat Isya', aku pon makan makanan yg aku beli tadi, baru sahaja aku nak suapkan makanan itu ke mulut ku, guruh pon berdentum dengan kuat menandakan hari akan hujan.

Malam tuh, hujan turun dengan lebat sekali. Memang tepat jangkaan aku, aku pon memakai sweater yg aku bawa, memang betul-betul sejuk malam tu, rasa sampai kew tulang sejuknya. Aku cuba untuk lelapkan diri seketika, tapi masih xboleh kerana terlalu banyak nyamuk, aku tidur cuma beralaskan beg dan juga berselimutkan sejadah.

"Sabar Shah..Sabar..kau selama ni da terlalu selesa tidur kan, jadi xsalah kalau tidur dlm keadaan yg macam nie" aku cuba untuk memujuk diri ku..


Aku tiba-tiba teringat cerita yg ibu pernah cerita kan kepada aku masa aku kecil lagi.

"Dulu Rasulullah s.a.w beradu pon hanya beralaskan sekeping papan dan sehelai kain kecil yg bila kainnya ditarik utk menutup muka maka akan nampaklah kakinya begitu juga jika ditutupnya kaki maka akan nampaklah muka."

Bila teringat jew cerita ibu tuh, hati aku terus rasa lega. Aku langsung xhiraukan lagi bunyi-bunyi nyamuk yg "bersiul-bersiul" di telinga aku. Walaupon badan ku menggigil kesejukkan, tapi aku cuba untuk gagahkan juga. Hanya zikrullah sahaja yg aku ucapkan di bibir supaya dapat menghilangkan kesejukkan, sedang asyik aku berzikir lama-lama aku pon terlena. Pada malam tu aku termimpi sesuatu yg amat ganjil sekali, aku bermimpi yg aku bangun di satu kawasan yg sekelilingnya putih sahaja, tiba-tiba ada seorang orang tua datang kepada ku dan berkata.

"Assalamualaikum anak muda, bolehkah aku meminta sedikit bekalan makanan kamu itu, aku sudah 180 tahun tidak makan dan minum??"
"Waalaikumussalam, err..err..siapakah gerangan pak cik nie?? Apa maksud pakcik yg pakcik sudah 180 tahun tidak makan dan minum??"
"Pakcik merupakan penghuni di kubur belakang surau tempat kamu tidur ini, dahulu pada zaman pakcik hidup, pakcik merupakan seorang yg amat terkenal dan kaya tetapi pakcik langsung tidak pernah beramal dengan apa yg pakcik miliki, pakcik bongkak,takbur dan langsung tidak pedulikan anak bini pakcik, oleh sebab itu lah pak cik tidak dapat makan dan minum di dalam alam ini, sebab anak bini pakcik langsung xde doakan pakcik dan bacakan Yasin untuk pakcik, tetapi pakcik bersyukur kerana bila kamu datang jew ke sini kamu telah sedekah pakcik semua dengan zikir-zikir dan bacaan Yasin kepada kami, bertuah ibu bapa kamu mempunyai anak yg baik seperti kamu.."
"Astaghfirullah Al-Azim..Assalamu'ala ahlid diyar, minal mu'minina wal muslimin, antum lana' farthun, wa nahnu insyaAllahu bikum lahiqun..baiklah pakcik InsyaAllah saya akan doakan pakcik dan penghuni-penghuni kubur yg lain..sekarang nie pakcik pulanglar ke dunia pakcik balik di sini bukan dunia pakcik lagi"
"Alhamdulillah, terima kasih orang muda..terima kasih.."


Orang tua tadi terus lenyap dari pandangan mataku dan aku terus tersedar lalu aku menadah tangan ku dan membaca doa.


"Bismillahhirrahmannirrahimm..Allahumma inni as-aluka bihaqqi Muhammadin wa 'ali Muhammad an la tu'adzdziba hadzal mayyit..Allahumarham ghurbatahu, wa shil wahdatahu, wa anis wahsyatahu, wa amin raw'atahu, wa askin ilayhi min rahmatika yastaghni biha an rahmatin min siwaka, wa alhiqhu biman kama yatawallahu..aminn ya rabbal alaminn.."


(Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Ya Allah, aku bermohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad janganlah azab penghuni kubur ini..Ya Allah, kasihi keterasingannya, sambungkan kesendiriannya, hiburlah kesepiannya, tenteramkan kekhuatirannya, tenangkan ia dengan rahmat-Mu yg dengannye tidak memerlukan kasih sayang selain daripada-Mu dan susulkan ia kepada orang yg ia cintai..aminn..)


Pagi nie aku rasa amat indah sekali, nyaman sahaja udara di kawasan surau nie. Selepas aku siap bersarapan aku pon menghubungi Melissa.

"Hello Assalamualaikum Is"
"Waalaikumussalam,ye Shah..ade ape??"
"Xde apa Is, Shah dekat Taiping nie..jom jumpa?? Shah tunggu dekat tempat biasa okay??"
"Baeklah Shah, dalam pukul 11 nanti kita jumpa ya"
"Okay sayang"


Lain betul nada suara dia, da xmacam sebelum-sebelum nie. Xpelar dia xsihat agaknya. Jadi aku pon bersiap untuk berjumpa dengan dia di tempat biasa, ketika aku dalam perjalanan tiba-tiba...

Bersambung...

Aku Tetap MilikMu - Episod 8

"Assalamualaikum, kamu nie Shahrul Nizam kan?? Pelajar baru dari Selangor??"
"Waalaikumussalam..Ye saya, cikgu"
"Okay nama cikgu, cikgu Adnan, cikgu di merupakan guru kelas kamu, marilah cikgu tunjukkan kelas kamu dekat mana ya"
"Baik cikgu, terima kasih ya"
"Sama-sama"


Sebelum aku ke kelas, Cikgu Adnan bawak aku pusing-pusing sekitar sekolah supaya aku lebih "familiar" dengan sekolah ini. Xsangka besar jugak sekolah nie, nampak dari luar kecik jew. Aku juga sempat berbual dengan cikgu sekolah tentang beberapa perkara.

"Besar jugak ye sekolah ni ye cikgu??"
"Xdelar besar sangat berbanding sekolah-sekolah di Kuala Lumpur tuh, cikgu bawak kamu pusing-pusing nie pon sebab cikgu xnak kamu sesat dalam sekolah nie nanti..hehe"
"Sesat?? hehe..xkan sampai macam tu sekali cikgu??"
"Xdelar cikgu main-main sahaja. Ermm boleh tahan ramai jugak peminat kamu ya walaupun baru jew masuk sekolah nie"
"Haa?? Peminat?? Kenapa cikgu cakap macam tu pula??"
"Kamu xperasan kew budak-budak perempuan sume asyik pandang-pandang kamu bila kita lalu di hadapan kelas-kelas lain??"
"Ada juga perasan cikgu tapi saya ingatkan diorang pandang cikgu.."
"Buat apa diorang nak pandang saya?? Diorang tu pon da puas tengok muka saya hari-hari, anyway cikgu dengar dulu kamu nie pemain bola sepak sekolah wakil negeri Selangor, betul kew??"
"Hehe, manelar taw diorang minat cikgu kew..A'ah mane cikgu tawu saya dulu main bola??"
"Cikgu nie da ade anak 2 orang da Shah, xde maknanya diorang nak minat ngn cikgu. Owhh cikgu dapat tawu daripada meeting semalam dengan ajk-ajk sukan sekolah, so nanti ade pemilihan bola sepak untuk wakil sekolah, cikgu harap kamu dapat turun ya??"
"InsyaAllah cikgu, saya akan turun.."
"Okay, da sampai da kelas kita"


Cikgu Adnan nie masih muda umurnya dalam lingkungan 30 an, sebab itu senang nak berborak dengan dia. Sampai jew dekat kelas, semua pelajar di dalam kelas itu memberikan salam kepada cikgu Adnan, dan cikgu Adnan meminta aku untuk memperkenalkan diri kepada ke semua pelajar.

"Assalamualaikum semua, saya Shahrul Nizam, saya merupakan pelajar baru di sini, saya harap korang semua dapat tolong saya jika saya ada masalah. Terima kasih.."


Setelah selesai memperkenalkan diri, cikgu Adnan meminta aku duduk di sebelah budak bernama Amin. Amin nie merupakan seorang pelajar yang amat terkenal di sekolah ini dengan kenakalan dia. Teruk juga lar aku di kenakan oleh dia masa mula-mula masuk dulu, tapi sekarang kami da jadi kawan baik.

Hari ini merupakan hari pertama aku di sekolah baru, aku masih lagi berasa janggal dengan tempat ini, tiba jew masa rehat, aku seperti biasa, hanya duduk di dalam kelas kerana aku sejak dulu macam ini, bila masuk jew sekolah baru aku xakan pergi rehat selama seminggu, sebab aku nak biasakan diri dulu dengan persekitaran sekolah dan budak-budaknya juga. Ketika aku sedang asyik di dalam kelas, tiba-tiba aku terdengar suara budak-budak perempuan di pintu belakang dan mereka terus mengambil kerusi dan meluru mengelilingi aku. Masa tu aku rasa terkejut sangat dengan apa yg diorang buat, mana tidaknya hampir 6 orang pelajar perempuan keliling aku tapi apa yg aku pasti diorang bukan dari kelas aku.

Pelajar 1 : "Awak dah makan?? Kenapa duduk dalam kelas jew nie??"
Pelajar 2 : "Awak nama apa?? Awak asal mana??"
Pelajar 3 : "Awak ade no telefon?? Awak tinggal dekat mana??"
Pelajar 4 : "Nah..air kotak saya ade belikan utk awak"
Pelajar 5 : "Nah amek roti nie makan, mesti awak lapar kan"
Pelajar 6 : "Awak duduk hostel ke duduk rumah sendiri??"

Ya Allah, dasyatnye tempat nie..Bertubi-tubi soalan aku dapat nie..Aku dah lar xpaham sangat dengan dialek "Kelate" diorang nie, macam mane aku nak jawab nie, hmm xpelar mungkin diorang saja nak berkenalan dengan aku tu. Ibu pesan kita jangan sesekali sombong sesama makhluk nie, sbb Allah s.w.t xsuka. Jadi aku jawablar kesemua pertanyaan tadi satu demi satu.

Pelajar 1 : "Saya kenyang lagi sebab tu saya duduk jew dlm kelas nie"
Pelajar 2 : "Nama saya Shah, saya asal Kuala Lumpur"
Pelajar 3 : "No fon?? Maaflar saya punya fon baru je hilang minggu lepas, saya tinggal
                 dekat kawasan perumahan baru tu jew"(padahal fon aku ade jew kt uma..hehe)
Pelajar 4&5 : "Eyh xpe2..betul saya masih kenyang lagi nie, awak simpan jew ye, terima
                      kasih banyak-banyak ye"
Pelajar 6 : "Saya tinggal dengan keluarga saya"


Selesai jew aku menjawab soalan-soalan mereka, sekali lagi bertubi-tubi soalan diorang lontarkan dekat aku. Aduhh!! teruk aku kali nie kene interview dengan budak-budak perempuan nie. Xpelar layankan aje. Ketika aku baru saja nak menjawab pertanyaan mereka, tiba-tiba budak-budak perempuan tadi kelam-kabut lari, aku hairan dengan sikap diorang nie. Owhh..rupa-rupanya si Amin da masuk kelas, hehe..bagus jugak ade orang macam Amin nie, ramai yg takot dengan dia, selamat aku kali nie.

Amin dengan muka selamba, duduk di tempatnya sambil meletakkan kaki di atas meja, betul-betul ganas lar si Amin nie. Tiba-tiba si Amin nie bersuara..

"Gapo dio dak-dak tino tu nok denge mung??" (Apa yg budak2 perempuan tu nak dengan kau?"
"Diorang nak berkenalan dengan aku itu jew"
"Owhh, molek lar gitu.." (Baguslar kalau macam tu)
"Amin, tandas dekat mana ya??"
"Mung g lar cari sediri, tandas duk depe tu jah" (Kau carilah sendiri, tandas kt depan tu je)
"Okay, aku cari sendiri"


Kini aku da boleh paham sikit-sikit bahasa Kelantan nie. Xpelar nanti lama-lama ok lar tuh kan. Teringat pulak aku ape yg cikgu Adnan cakap tadi pasal pemilihan bola sepak sekolah tuh, peluang baik aku untuk rasa macam mane bermain dengan orang Kelantan nie, sebab aku pernah dengar cara diorang bermain bola nie laju, so boleh lar aku belajar dengan diorang sedikit.

Selesai sahaja sesi persekolahan aku untuk hari yg pertama nie, aku terus pulang dengan scooter yg dihadiahkan kepadaku pada hari jadi aku tahun lepas. Sekurang-kurangnya dengan ada nye scooter nie boleh lar aku jalan-jalan untuk melihat sendiri keindahan Kelantan nie. Sampai sahaja aku di rumah, tiba-tiba fon aku berdering. Hmm..Joe?? Kenapa dia call nie ya..

"Assalamualaikum, ye Joe..Kenapa??"
"Waalaikumussalam, eyh Shah aku ade bende penting nak bagitawu nie.."
"Bunyi macam penting jew, cakaplah apa dia??"
"Pasal Melissa, tadi aku ade nampak dia jalan dengan Afiq"
"Haa?? Afiq?? Kat mane kau nampak Joe??"
"Ye Afiq, musuh ketat kau time sekolah rendah dulu, aku nampak dia dekat pekan tadi, bukan main mesra lagi diorang aku tengok, aku bukannye apa Shah aku tawu macam mane sayangnye kau dekat dia, aku xnak tgk kau kecewa di sebabkan dia, aku kawan baik kau Shah"
"Hmmmmm..ye Joe terima kasih, aku taw kau jaga aku dengan baik dari kecik tapi xplar aku try tanye dia, anyway thanx ye Joe.."
"Okay, kau tanyelar dia dulu tapi apa yg aku tawu, aku xsalah pandang, itu memang dia.."
"Baeklah Joe, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam.."

Jantung aku tiba-tiba macam terhenti seketika bila dengar apa yg Joe bagitahu tadi. Ye, aku xnafikan yg Afiq merupakan budak yang paling jambu di Taiping yg pernah aku kenal, tambahan pula bapanya seorang dato' yg amat berpengaruh di sana dan Afiq pula satu sekolah dengan Melissa. Aku tiba-tiba rasa sedih bila merenung kepada rantai yang Melissa bagi kepada ku dulu. Macam-macam yg bermain di fikiran ku. Jadi aku buat keputusan untuk hubungi Melissa.

"Tuuutt..tuuttt..tuutt..the number you have dial cannot reach at the moment.."


Da hampir seminggu aku cuba call dia, susah betul nak dapat cakap sekarang, bila dapat jew pasti dia tengah busy, tengah buat kerja n macam-macam lagi lar alasan dia. Xkanlah dia betul-betul dah....Ishh aku xnak lah fikir bukan-bukan, mungkin dia betul-betul tengah busy time tu. Rantai yg di tanganku tadi terus aku tatapi, tiba-tiba aku teringat di saat aku menyatakan hasrat aku untuk menjadi kekasih hatinya dulu di taman tasik.

"Is, Shah sebenarnya ade sesuatu nak cakapkan kepada Is, Shah harap Is dapat dengar apa yg Shah cuba sampaikan ni dengan jelas ye", kataku sambil melutut di hadapannya, tangannya ku pegang erat dan matanya aku tenung sedalamnya.


"Hmm..ye Shah..Is dengar, cakaplah apa dia", Melissa membalas kataku walaupun dia rasa agak malu dengan kelakuanku kerana ramai orang lalu lalang ketika tu.


"Is, dari kali pertama Shah pandang Is..Shah da mula jatuh cinta dengan Is, Is lain sangat2 daripada perempuan2 yg pernah Shah kenal dulu, senyuman Is, gelak tawa Is, semuanya Shah suka, sebab semua tu jew yg boleh mengubat hati Shah kalau Shah ade masalah, jadi sudi tak Is, jadi kekasih Shah??"


Is tergamam seketika dan aku lihat air matanya tiba-tiba menitis, jari-jemari aku dia genggam erat, aku pon mengesat air mata yg jatuh di pipinya itu sambil berkata.


"Is..kenapa menangis nie?? Shah ade tersalah cakap kew?? If ade, Shah mintak maaf sangat2 ye"


"Tak sayang, Shah xde wat salah pape, Is menangis sebab Is rasa bahagia n happy sangat2 bila Shah cakap macam tu, ye Shah, Is sudi jadi kekasih Shah sampai bila-bila"

Waktu tu aku rasa seperti nak terjun jew kt dalam tasik tu sambil berenang-renang keriangan. Hati aku happy sangat-sangat masa tu, Tuhan jew yg tawu mcm mane.

Tapi kini, semuanya macam dah berubah, kami dah jarang hubungi antara satu sama lain. Walaupon keadaan sekarang macam ini, aku xpernah terniat untuk curang dengan dia kerana aku hanya sayang dan cintakan dia seorang sahaja. Xmungkin aku akan cintakan orang lain sebab hati ini dah xde ruang lagi untuk insan lain penuhi. Ketika aku sedang asyik memikirkan pasal dia tiba-tiba henfon  aku berdering lagi. Haa..Melissa, panjang umur dia.

"Assalamualaikum Shah, tadi kenapa call??"
"Waalaikumussalam Is, xdelar tiba-tiba jew rasa rindu dengan Is, hmm..Is..Shah nak tanye sikit boleh??"
"Ye Shah, tanyelar apa dia??"
"Is ada kua dengan sape-sape kew kat pekan arini??"
"Eyh, macam mana Shah tawu Is kua td??A'ah Is ade keluar dengan kawan-kawan sekolah Is, kenapa Shah??"
"Keluar ramai-ramai kew?? Berdua??"
"Ramai-ramai lar Shah, Shah nie kenapa??"
"Xdelar ade orang bagitawu nampak Is keluar berdua dengan Afiq, betul ke??"
"Haa?? Sapa bagitawu?? Xdelar mula-mula Is keluar ramai-ramai, lepas tu kitorang berpecah then si Afiq nk pegi tempat yg sama Is nak pegi, sebab tu nampak kami berdua"
"Owhh..kalau macam tu xpelar, Shah just nak dengar dari mulut Is jew, betul ke x.."

Bersambung...

Friday, January 13, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 7

"Perempuan memang terlalu penting dalam kehidupan seorang insan bernama lelaki. Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Hawa a.s dari tulang rusuk nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi kesunyian baginda ketika keseorangan berada di syurga. Besar peranannya seorang perempuan di dalam kehidupan lelaki, tanpa mereka siapalah lelaki dan begitu juga sebaliknya. Allah s.w.t itu Maha Adil. Sedangkan haiwan juga punyai pasangan mereka sendiri inikan pula manusia." nukilan isi hatiku.

Masa pon terus berlalu, kini umur aku sudah pun mencapai 15 tahun, tahun untuk aku hadapi peperiksaan yg bakal menentukan langkah pertama aku untuk mencapai cita-citaku. PMR tinggal lagi beberapa minggu sahaja, kini aku dan Melissa terpaksa fokus sebentar untuk hadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Melissa pon paham dengan keadaan kami sekarang kerana aku akan jarang menghubungi dia buat seketika dan xdapat nak selalu datang ke Taiping seperti dulu.

Kini hanya rantai dia sahaja yang menjadi peneman sepiku, tapi apa boleh buat, inilah namenya pengorbanan walaupon kecil tapi besar maknanya.

Hari ini aku akan mengambil peperiksaan PMR, walaupon berdegup kencang hati ini aku cuba redakan dengan kalimah suci Al-Quran. Aku sempat juga menghubungi Melissa untuk ucap "Good Luck" kepadanya sebelum aku ke dewan peperiksaan, suaranya yang lembut itu membuatkan aku jadi tenang seketika. Aku rindu sangat-sangat dengan suara itu, itulah lebihnya Melissa dihatiku, dia tahu untuk mententeramkan hati aku bila aku dalam keadaan resah. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim..aku mula menjawab kertas peperiksaan ini.

Syukur ke hadrat illahi, setelah hampir seminggu aku menduduki peperiksaan aku tidak pernah rasa gentar dan takut serta kesihatan aku amat baik sekali.

Selang seminggu selepas itu, ibu memanggilku untuk berbincang sesuatu.

"Shah, ibu ade bende nak cakap dengan kamu nie"
"Ape dia ibu?? Cakaplah"
"Ayah kamu cakap dengan ibu semalam, yg dia terpaksa bertugas di Kelantan utk setahun"
"Haaa?? Apaa?? Kelaantaann?? Kenapa jauh sangat nie ibu??"
"Nak buat macam mane kan da keje ayah kamu mmg macam tuh, so nanti kamu packing lar sume barang-barang kamu, kita akan bertolak minggu depan"
"Cepatnyaa..abes result Shah macam mane nak amek nanti??"
"Itu sume kamu jangan risau, nanti ayah kamu akan suruh staff dia poskan"
"Baeklar ibu..."

Termenung aku sekejap bila terfikirkan balik apa yg ibu cakapkan tadi. Aduhh macam mane aku nak cakap dengan Melissa nie, mesti dia terkejut n sedih bila dengar semua nie. Sekarang nie aku nak dial no dia pon aku da jadi serba salah, xtahu macam mane nak cakap. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini..

"Helo, Assalamualaikum Is, Is tgh buat apa tu?? Da makan??"
"Waalaikumussalam Shah, Is xde buat apa-apa pun, baru jew lepas makan nie"
"Baguslah kalau macam tuh, Is kene makan taw bia cepat gemuk, baru lar sihat..hehe"
"Ishh xnaklar gemuk, nanti Shah cari girl lain pulak"
"Eyh xbaek taw cakap macam tuh, Shah nie kalau dah sayangkan seseorang tuh, Shah akan sayangkan dengan sepenuh hati Shah, Is pon tawu kan Shah sayangkan Is macam mana"
"Ye Shah, Is tawu. Terima kasih Shah"
"Sama-sama Is. Hmm..sebenarnya Shah ade benda penting nak cakap dengan Is nie, penting sangat-sangat..Hopes Is xterkejut ya??"
"Cakaplah Shah apa dia janganlar wat suspen macam nie"
"Hmm..sebenarnya..sebenarnyaa.."
"Sebenarnya apa Shah?? Cakaplah.."
"Hmm..Shah akan pindah ke Kelantan pulak nanti, minggu depan Shah akan berangkat ke sana."
"Haa?? Apa dia?? Kenapa tiba-tiba nak ke sana pula??"
"Tadi ibu ade bagitawu yg ayah Shah terpaksa bertugas di sana untuk 1tahun."

Tiba-tiba aku dengar suara Melissa teresak-esak menangis..

"Is, janganlar nangis..Walaupun Kelantan tuh jauh dari Taiping tapi Shah tetap akan balik sana untuk jumpa dengan Is, Shah janji Is..Shah janji.."
"Isk..isk..xdelar Is rase kita makin lama macam makin jauh jew"
"Is kenapa cakap macam nie, xbaik okay..Kan Shah da cakap walau jauh mcm mane sekalipun Shah tetap akan balik jumpa Is kan.."
"Ye Shah, terima kasih.."
"Dah ye, xmau sedih-sedih lagi. Is pergi rehat nanti okay, Shah ade keje nak buat sikit nie."
"Okay Shah, take care ye, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam Is"


Aku dah agak da, mesti dia nangis punya bila dengar pasal benda nie, ye memang betul ape yg dia cakapkan...


"Isk..isk..xdelar Is rase kita makin lama macam makin jauh jew"


Ayat tu betul-betul menusuk sampai ke kalbu aku, beribu pertanyaan bermain dalam fikiran aku.

"Xkanlah dia da bosan dengan hubungan jarak jauh macam nie??" aku tertanya-tanya...


Sape jew yg xsedih dengan hubungan macam nie, xmacam orang lain, kalau rindu jew bole jumpa tapi dia..hanya bole dengar suara saja. Sabarlar ye sayangku, jika ada jodoh xkemana..

Da hampir sebulan aku dekat Kelantan nie, macam-macam benda yg dah aku belajar, dari segi dialeknya, makanannya dan budayanya sumenya aku da tahu. Memang lain perasaannya bile berada dekat negeri orang nie, tapi xpe aku memang suke belajar sesuatu yg baru. Di sini juga lah aku belajar apa itu erti "Kesetiaan".

Aku tidak nafikan memang perempuan-perempuan di Kelantan nie sumenya cantik-cantik belaka. Aku ingat lagi masa mula-mula aku menjejakkan kaki di sekolah ini (sekolah di Kelantan). Aku terasa seperti aku nie orang asing bagi mereka. Ketika aku duduk di dalam dewan sekolah pon diorang memerhatikan sahaja aku, termasuk lelaki.

"Apa yg peliknya kt aku nie sampai diorang lihat aku macam tuh??" aku terpinga-pinga..


"Aku rasa zip seluar aku tiada masalah, hmm.. maybe penampilan aku agak berbeza daripada mereka agaknya. Xpelar abaikan aje. " aku cuba menyedapkan hati.


Masa pengetua berucap dekat depan, aku memamg xpaham satu patah pon apa yg dia cakapkan. Jadi aku pon buat hal aku jelar, sambil tengok-tengok orang di sekeliling aku. Tiba-tiba aku rasa macam aku dibaling dengan sesuatu, aku cuba lar cari apa dia, rupanya kertas yg di gumpal menjadi kecik. Aku cuba mencari siapa yg membalingnya, lalu aku terpandang sekumpulan pelajar perempuan membuat bahasa isyarat menyuruh aku membukanya. Aku dengan rasa penuh hairan pon membuka kertas itu.

"Hye awak!!" ayat yg tertulis di kertas tu.


Nampaknya pelajar-pelajar perempuan tadi bukan main happy lagi bila tengok aku senyum kt diorang..Ishh..macam-macam betul lar diorang nie, aku pon hanya senyum jelar sebab aku xtahu apa lagi yg boleh aku buat. Takot nanti aku di copkan "Si Sombong" pulak.

Bila perhimpunan dah habis, tiba-tiba aku rasa seperti seseorang mencuit bahuku dari belakang"

Bersambung...


Thursday, January 12, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 6

Walaupun kini kami berjauhan, aku xpernah lupa untuk buat dia rasa seperti aku sentiasa di sisi dia. Setiap pagi celik jew mata ni, aku akan call dia, ucap "Selamat Pagi". Bila time aku nak makan jew, mesti aku akan call dia tanya dia da makan ke belum. Bila kaki ini nak melangkah kemana-mana aku akan bagitawu dia. Bila nak lelap jew mata nie dia jugaklah orang yg terakhir akan kudengar suaranya. Antara aku dengan dia seperti tiada sempadan, walaupon kami jauh aku rasa seperti kami selalu dekat. Bagi aku jika hati itu ikhlas dan tulus, jauh mana sekalipon kita dengan insan yg kita sayang, kita pasti akan rasa seperti dia sentiasa dekat dengan kita. Sebab cinta itu datang dari hati dan hati terletak di dalam diri, jadi cinta tu adelah dalam diri kita bermakna dia juga berada di situ.

Hari terus berganti hari, sikit pon aku xpernah lupa saat-saat aku bersama dia, betapa rindunya aku dekat dia. Xpelar cuti sekolah pon da nak dekat, InsyaAllah jika xde aral melintang aku akan balik ke Taiping untuk bertemu dengan dia.

Tamat sesi persekolahan aku harini, aku terus balik ke rumah dan pergi "buka" tabungku untuk lihat cukup x simpanan aku selama nie. Alhamdulillah, adelah sikit, cukuplah aku buat belanja dekat sana untuk beberapa hari nanti. Perjalanan aku dari Tg.Malim amek masa dalam 3jam untuk sampai ke Taiping, xperlah letih sekejap jew nie. Sampai jew aku dekat Taiping, sahabat baik aku dari aku umur 7tahun (Joe) yg datang jemput aku sebab aku tumpang rumah dia untuk beberapa hari lagipon keluarga dia pon da ibarat keluarga aku no2. ummpphh..rindunya aku dengan suasana Taiping nie, langsung xberubah. Aku dan Joe sempat juga lar pusing-pusing Taman Tasik Taiping nie sekejap. Aku paling suke taman tasik nie, sebab dekat tasik nie lar yg berlaku 1001 cerita pasal diri aku.

Melissa xtawu yg aku balik nie, aku balik senyap-senyap, saje jew nak kasi surprise dekat dia. So, aku pon pergilar rumah dia petang tu..

"Assalamualaikum.., Assalamualaikumm.."
"Waalaikumussalam, eyhh Shahhhhhhhh!!! Bile sampai?? Kenapa xbagitahu saya yg awak da balik?? Ishh awak nie kann..saje jew kan..suka buat saya macam nie.."
"Hehe..awak sihat?? Opah mane Is?? Xnampak pon!!"
"Saya sihat alhamdulillah, awak lak sihat x?? Opah ade dekat dapur tuh tengah masak, nak Is panggilkan opah kew??
"Saya pon sihat alhamdulillah, owhh xpelar bialar opah buat keje dia dulu ye"

Ternyata aku dapat lihat kegembiraan di wajah dia disaat dia melihat aku di hadapan dia. Walaupon matanya sedikit berkaca masa tu, aku paham, sebab aku pon rasa apa yang dia rasa. Perasaan rindu tu bukan senang nak kita kawal jika xde iman di dada macam-macam yg boleh terjadi.

"Shah, bile kamu sampai??"
"Assalamualaikum opah, opah apa khabar?? Sihat?? Saya baru jew sampai opah"
"Waalaikumussalam, opah macam nie jelar Shah, biasalah da tua-tua nie, orang tua kamu sihat Shah??"
"Diorang sihat alhamdulillah opah, diorang kirim salam dekat opah sekeluarga"
"Waalaikumussalam...berapa hari kamu dekat Taiping nie Shah?? Kalau boleh duduk lar lama sikit, da lama kamu xbalik sini kan."
"Mungkin dalam 4 hari saya dekat sini, tapi saya xboleh lama sangat sebab ayah saya ajak saya pergi bercuti dekat Langkawi"
"Xpelar kalau macam tu, nanti senang-senang bila ada cuti lagi kamu datanglar kemari ya, kamu borak-borak lar dulu dengan Is, opah nak ke semayang sekejap"
"InsyaAllah opah, haa..opah saya nak mintak izin opah nie, boleh xsaya keluar dengan Is besok??"
"Baeklah opah izinkan,tapi kamu masih ingatkan syarat-syarat opah??"
"Ya, opah saya masih ingat"


Masa aku berborak dengan opah tadi, si Is nie asyik pandang jew muka aku sampai malu aku di buatnya. Mungkin dia rindu aku sangat-sangat kot, apa yg hanya aku mampu buat hanya membalas renungan dia sambil tersenyum.

"Ya Rabbul Izzati, jika dia ditakdirkan sebagai jodoh aku, Kau peliharalah aku dan dirinya daripada perkara-perkara mungkar serta Kau panjangkanlah jodoh kami" hati kecilku berdoa.


Setelah beberapa hari aku di Taiping, kini da tiba lah waktu untuk aku balik ke Hulu Selangor. Walaupon hanya 4 hari aku di Taiping nie, aku rasa happy sangat-sangat sebab dapat luangkan masa dengan dia. Memang berat hati nie nak tinggalkan dia, tapi apa boleh aku buat. Redha jelar..Melissa jugak ade hadiahkan aku seutas rantai milik dia untuk aku bawak bersama sebelum aku pulang, aku rasa macam nak menangis jew time tuh sebab aku tawu tu rantai kesayangan dia n dia ade cakap sesuatu dekat aku.

"Shah..Is nak Shah tawu yg Is betul-betul sayangkan Shah..So Is nak Shah pegang rantai Is nie baek-baek okay..Lagi 3 tahun Is nak Shah pakaikan balik rantai nie dekat Is..bole?"


Aku terkedu masa tuh, apa maksud dia?? Kenapa tiba-tiba dia hadiahkan rantai nie?? Kenapa mesti lagi 3 tahun??

Bersambung...

Wednesday, January 11, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 5

"Err..saya Shah..kawan Zhariff, awak Melissa kan?"
"Ye, saya Melissa..Awak Shah yg mane ye?"
"Awak xkenal saya, tp saya kenal awak.."


"Adehh!! Ape yg aku mengarut nie, nanti dia ingat aku nie stalker pulak, stalker? hmm lebey kurang lar" aku mengomel sendirian.

"Hmm..So Shah ye? Budak pakai jersi no 7 tu kan?"
"Eyh..mane awak tawu?"
"Mestilar saya tawu nama awak sbb kt jersi tu kan ade tulis name awak n lagi satu budak-budak perempuan sekolah saya sume tergila-gilakan awak"
"A'ah lupe pulak saya yg dekat baju saya ade name, maaflah sebab saya selalu pandang-pandang kt awak time game pg tadi"
"Xpe saya xkisah pon, lagipon awak bukannya kacau saya macam budak-budak lain tadi, saya memang xsuka lelaki macam tu, tapi kenapa awak asyik pandang saya ye?"

"Gulpp!! tricky question!! Aduh macam mane aku nak jawab nie ye, xkan nk bagitawu dia yg aku suka tengok dia, malulah aku"cakap aku dlm hati.

"Eyh, xdelar sebenarnya saya suka tgk payung awak"(adeh!!apa yg aku mengarut niee...)
"Haa payung saya?"
"A'ah..eyh xdelar sebenarnya saya nak berkenalan dengan awak"


Adeehh!! macam mane ayat jiwang karat nie boleh keluar dari mulut aku pulak nie. Malunyeee aku..Korang pon mesti rasa macam nak muntah kan bile tawu ape yg aku cakap nie, haha..Nak buat macam mane, nie time aku budak-budak lagi ok, korang tuh ntah-ntah lagi jiwang dari aku, huhuu..ok kita sambung.

"Berkenalan dengan saya? Kenapa tadi time dekat sekolah saya awak xnak cakap?"
"Saya..err..malu lar time tuh, ramai sangat orang lagipun saya tgk ramai sgt orang yg nak kenal dengan awak, so saya pon tengok jelar, tapi xsangka pulak kita boleh berborak macam nie"
"Saya pon malu jugak tadi, sume budak-budak lelaki dtg kacau-kacau saya sebab tu saya lari kat tempat team budak-budak perempuan."
"Tular sapa suruh comel sangatkan.." (Adehh!! Terlepas lagi..Ishh mulut nie kan xreti tol nak cover kan..)
"Comel?? Xdelar saya biasa jew sama jew macam budak-budak lain"
"Betul lar, awak comel sangat sebab tu saya suka tgk awak, awak xmacam budak-budak perempuan yang lain, awak lain daripada yg lain sbb tu saya teringin sangat2 nak kenal dengan awak, saya harap awak xkisah kalau kita berkawan kan?" (Haa!! Amek kau!! Mulut nie sekali lagi terlepas, kali nie memang parah betul..ishhh!!"
"Hmm..kalau setakat nak berkawan apa salahnya tapi dengan satu syarat.."
"Haa?? Syarat?? Okay ape dia?"
"Syarat dia, awak kene dtg rumah saya n cakap dengan nenek saya yg awak nk berkawan dengan saya n mintak izin dari dia, boleh??"


Okay now cabaran aku amatlah besar..manelah aku pernah buat bende-bende macam nie, aku baru 12 okay..aku terdiam jugaklar sekejap time dengar syarat dia tuh, aku salah cakap kew tadi, aku rasa aku cakap nk kawan dengan dia bukan nak menikah dengan dia, adoii..Ya Allah bantulah hambaMu yg lemah lagi xtaw ape-ape nie..Xpelar berani buat berani tanggung, aku sahut cabaran tuh tp lagi bagus kalu family dia tawu dia berkawan dengan sapa kan..

"Okay, saya akan buat!! Tapi dengan satu syarat"
"Aikk awak pulak yg bagi syarat?? Okay ape dia"
"Hehe..syarat dia adalah awak kene bagitaw saya alamat rumah awak kalau x macam mane saya nak datang kan..hehe"
"A'ahh lupa plak saya, ok awak salin ye"
"Okay awak.."


Diam xdiam da dekat sejam aku bergayut dekat public phone tue, aku pon mintak diri dengan dia untuk tamatkan panggilan sebab da lewat malam nie, hmm..macam-macam yg kami bualkan daripada hal sekolah sampailar ke hobi. Dalam perjalanan aku nak balik rumah tiba-tiba aku teringat dengan ape yg Zhariff cakapkan time kt sekolah tadi. Zhariff cakap dia nie sombong n xbanyak cakap, tp time dengan aku okay jew semua. Hmm..maybe time diorang berborak tu Melissa period kot. Hehe..pandai-pandai jew aku kan. Aduhh!! terlupa pulak pasal nk kene mintak izin dengan nenek dia, macam mane lar rupa nenek dia ye, garang ke..baik ke..sporting ke..arghh!! pening pale aku pikir pasal suma nie..

Sampai jew rumah aku terus masuk bilik, perasan aku time tu happy bercampur risau n macam-macam bende yg bermain dalam fikiran aku time tuh..Xpelar yang penting aku nie betul-betul ikhlas nak kawan dengan dia. Pada malam tu aku cuba untuk buat solat istiqarah supaya diberi petunjuk ape yg aku buat nie semua betul n aku bermohon kepada Allah s.w.t supaya beri aku ketabahan untuk hadapi apa jua yg akan mendatang.

Selang beberapa hari, aku pon pergi ke rumah Melissa..

"Assalamualaikum..Assalamualaikummm"
"Waalaikumussalam, ye anak nie cari siapa?"
"Err..Nama saya Shah, makcik..Saya nie kawan Melissa"
"Owhh nie lar rupanya Shah yg si Is ceritakan tu ye, jemput masuk Shah"
"Ye makcik terima kasih"
"Shah jgn panggil makcik lagi ye, panggil opah jew, opah nie da tua xsesuai panggil makcik. Jadi, dah berapa lama Shah kenal dengan Is nie??"
"Err..maaf..baik opah, err..kami baru jew kenal opah, kami kenal pon masa saya ade game bola baling dekat sekolah dia, ermm..jadi tujuan saya datang nie pon sebab saya nk mintak izin dengan opah untuk berkawan dengan Melissa nie"
"Opah bukannye ape Shah, Melissa tu perempuan dan kamu nie lelaki, masing-masing dah akil baligh kan lagipon korangkan masih belajar lagi, banyak lagi benda yg korang belum tempuh, jadi opah bukannya marah kamu nak berkawan cuma risaukan keselamatan dan masa depan dia, tapi opah tawu kamu budak baik sebab tu opah suruh Is jemput kamu datang ke rumah..opah nak tengok sejauh mana kamu ikhlas nak kawan dengan Is nie, opah harap kamu paham ye apa yg opah cuba cakapkan nie"
"Ye, saya paham opah. sebab tu saya datang ke sini sebab saya nk kenal dengan family dia sekali"
"Baguslah kalau kamu dah faham, jadi opah izinkan kamu berkawan dengan dia tapi dengan syarat"
"Ye opah, apa syarat dia?" ("adehh..syarat lagi?"bisikku dlm hati)
"Kalau kamu nak jumpa dengan dia, kamu mesti datang jemput dia depan rumah dan hantar balik depan rumah tapi sebelum itu cakap dengan opah dulu kalau nak keluar, kalau keluar kamu berdua mesti balik sebelum pukul 6, boleh terima semua syarat-syarat opah"
"Ye opah, saya janji akan ikut semua syarat-syarat tu."


Pada umur aku 12tahun aku dah belajar apa itu tanggungjawab terhadap anak dara orang, dasyat betul life aku nie kan. Masa aku di ceramah oleh opah dia, aku ternampak Melissa tersengih-sengih sambil menunjukkan simbol "padan muka" kt aku. Siot betul..dia betul-betul puas ati kenekan aku kali nie..Tapi xpelar makanan yg dia masakkan tadi utk aku da buat hati aku yg geram nie lega. Xsangka betul dia pandai masak, yg peliknya dia macam taw2 jew ayam masak merah tu makanan kegemaran aku.

Sekejap jew masa berlalu, da dekat 2 tahun aku berkawan dengan Melissa. Dalam tempoh 2 tahun tu hubungan kami semakin rapat, aku kenal seluruh ahli keluarganya dan dia pon sama. Time aku form 3 tuh aku terpaksa berpindah ke Hulu Selangor kerana ayahku terpaksa bertugas di sana. Aku sedih sangat time tu, sebab terpaksa tinggalkan Melissa jauh, Melissa pon rasa sama dengan apa yg aku rasa. Pada hari sebelum aku berpindah aku sempat lagi berjumpa dengan dia.

"Is, lepas nie kte da xbole jumpa selalu taw..Shah da xbole teman Is pergi jogging, pergi library n pergi jalan-jalan kt taman tasik lagi"
"Xpelar Shah, Is paham, Shah pon terpaksakan ikut ayah Shah pergi sana, tapi Shah kene janji dengan Is yg Shah akan jage diri baik-baik kat sana, jangan menggatal pulak, Is kat sini akan setia tunggu Shah sampai bile2"
"Ishh janganlar cakap mcm tu, Shah akan tetap balik sini bila Shah cuti okay??"
"Betul nie?? Shah janji dengan Is ye yg Shah akan tetap balik sini walau jauh macam mane sekali pon Shah duduk.."
"Ye Is, Shah janji!!"

Aku masih ingat lagi raut wajah dia masa aku nak berangkat pergi, jauh dalam matanya aku tawu yg dia dah mula sayangkan aku, aku juga begitu. Hati aku masa tu rasa serba salah sangat sebab aku ternampak air matanya tiba-tiba mengalir, sebak hati aku melihat air mata dia mengalir disebabkan aku, belum pernah ade mana2 perempuan yg sanggup menangis kerna aku. Tambah-tambah lagi bila dia juga bekalkan aku nasi goreng berlaukkan ayam masak merah kegemaran aku untuk perjalanan aku ke sana.

"Ya Allah..Kau peliharalah dirinya dan Kau tetapkan lah hatinya untuk aku jika benar dia jodohku..amin ya rabbal alamin"

Bersambung...