Thursday, January 19, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 10

Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Nama Melissa tertera di skrin handphone.

"Assalamualaikum Shah"
"Waalaikumussalam Is"
"Is nak bagitahu nie, Is rasa Is xdapat nak jumpa Shah lar arini, Is kene balik kampung."
"Haa?? Hmm..xpelar kalau macam tu, da xde rezeki kan nak wat macam mana, berapa hari Is kat sana??"
"Mungkin dalam seminggu Shah"
"Hmm..xpelar kalau macam tuh, Shah rasa baik Shah balik Kelantan petang nie, sebab Joe pon xde kt sini"
"Joe kat mane??"
"Dia balik kampung jugak Is"
"Abes Shah tido mane semalam??"
"Err..Shah tido dekat..Shah tido dekat rumah kawan Shah"
"Owhh xpelar kalau macam tuh, ok lar Shah, Bye"
"Hurmm..Assalamualaikum"

Tuutt..tuuutttt..Hanya bunyi tu yang aku dengar selepas perbualan kami. Aku xnak fikirkan apa-apa masa tuh, mungkin dia ade hal mustahak di sana. Keesokkan pagi aku selamat sampai di Kelantan dan luangkan masa cuti aku bersama keluarga.

Hari berganti hari, satu panggilan dan juga message dari Melissa langsung tiada. Aku risau dengan keadaan dia, lama jugaklah aku xjadi tentu arah memikirkan pasal dia. Berat badan aku susut masa tu, sebab aku di masukkan ke dalam hospital. Doktor kate badan aku terlalu lemah, sebab xcukup makan dan juga rehat. Macam mana aku nak makan kalau aku asyik teringatkan dia?? Macam mana aku nak tido kalau aku asyik terbayangkan dia??
Macam mana aku nak hadapi SPM tahun nie, aduhh!!

Akhirnya, setelah 3 minggu xde khabar berita dari dia, akhirnya dia ada hantar "sms".

"Shah, sorry sangat2 sebab lama xcall n xmsg Shah, Is busy sangat2 sekarang sebab xlama lagi nak SPM kan. So Shah jgn risau pasal Is, Is okay jew. So take care ya"

Terubat rindu kat hati nie bila dapat message dari dia. Walaupun hanya beberapa patah perkataan jew, tapi bagi aku tuh pon da ckup. Sebab aku tawu yg dia masih ingatkan aku.

Harini merupakan hari yg amat besar bagi aku, kerana hari nie yg akan menentukan masa depan aku dan juga bakal melaksanakan impian aku untuk menjadi seorang pilot. Sijil Penilaian Menengah (SPM), merupakan saat berdebar-debar bagi semua pelajar termasuk aku. Hanya yg betul-betul bersedia sahaja akan hadapinya dengan tenang.

Xsangka da hampir 3 bulan peperiksaan SPM berakhir, aku sempat jugak membuat kerja-kerja sambilan di butik-butik pakaian di pusat membeli-belah di sekitar rumah aku. Sekurang-kurangya adelar jugak duit poket aku untuk berbelanja, namun Melissa masih juga seperti dulu jarang hubungi aku, katanya dia juga bekerja sambilan di sebuah kedai lampu perhiasan di pekan Taiping dan Joe pula membantu maknya di kedai.

!4 Feb - Valentine Day's

Ya! aku tawu berdosa bagi umat Islam yg menyambutnya, maafkan aku sebab aku dulu amat daif dalam bab-bab agama.

Aku membuat keputusan sehari sebelum hari itu berlangsung untuk pulang ke Taiping dengan senyap-senyap lagi untuk buat suprise kepada Melissa, tapi kali nie hanya Joe sorang jew yg tahu aku kan balik.

Tepat pukul 9pagi aku sampai di Taiping, aku pon call Joe minta dia amek aku di station bus. Bende yg pertama sekali aku buat bila aku sampai di Taiping ialah..Beli bunga!!! Ya, aku beli bunga..Ni merupakan kali pertama aku beli bunga untuk perempuan. Xsangka romantik juga aku nie kan. hehe. Joe pon terkejut tengok aku bila dia sampai, tangan sebelah kanan aku pikul beg, sebelah kiri pegang bunga.

"Haa..sejak bile pulak kau jadi mat bunga nie??"
"Hahaa..baru jew kejap-kejap tadi bro, xdelar aku tgk bunga ni macam cantik jew, so aku ingat aku nak bagilar bunga nie dekat Is"
"Hahaaa..elok sangatlar tuh, so amacam bro?? Sihat??"
"Sihat alhamdulillah, makin berisi ye kau sekarang"
"Mana tidaknya, asyik makan tidur,makan tidur jew kat rumah"
"Hahaa..bagus-bagus..itu maknanya kau nak membesar..hahaa"
"Banyaklar kau punya membesar..haha"
"Eyh Joe tolong bawak aku kat tempat Melissa kerja, aku nak bagi surprise dekat dia"
"Okay bro, jom!! Nah helmet.."
"Orait..tq bro"

Rupanya-rupanya tempat kerja Melissa xdelar jauh sangat dengan station bus tuh, kalau taw tadi jalan kaki jew, tapi segan plak nak jalan sambil pegang bunga nie.

"Eyh Joe, mintak tolong ckit bole x??"
"Ape dia bro??"
"Kau tolong panggil dia kat atas, aku tunggu kat bawah aku nak kasi suprise kat dia, bole ye??"
"No hal lar bro, bole jew"
"Thanx bro!"

Ketika Joe pergi naik ke atas untuk panggil Melissa, aku pon menyorok dekat belakang tiang, saje nak wat suprise lagipon aku da cakap dengan Joe, jangan cakap aku yg nak jumpa. Tiba-tiba aku terdengar suara Melissa berborak dengan Joe, aku cepat menyorok ke dalam sedikit, supaya dia xnampak aku. Bila dia da lalu jew depan tiang yg aku menyorok tadi, aku cepat-cepat pusing belakang dia dan sentuh bahu dia.

"Assalamualaikum Is"
"Haaa???? Shahhh!! Shahh wat apa kat sini?? Bila sampai?? Kenapa xbagitawu nak balik!!"

Nada suara dia time tu agak lain, dia macam cemas n terkejut sangat-sangat bila tgk aku kat depan dia tapi apa yg aku pasti dia bukan terkejut dengan suprise aku.

"Shah baru jew sampai Is, Shah saje jew xnak bagitawu Is, Shah nak wat suprise, by da way Happy Valentines Day sayang.."

Aku terus bagi bunga tu dekat dia, tapi reaksi dia pelik sangat, dia macam terkedu n macam xde perasaan jew.

"Hmm..thanks Shah, eyh Is nga kerja sekarang nie, nanti dalam pukul 3ptg kita jumpa dekat The Store okay??"
"Okay Is"

Dia terus berlalu dengan bunga di tangannya langsung xtoleh ke belakang. Aku betul-betul pelik dengan sikap dia sekarang, kenapa dia macam tu?? Selalunya dia akan happy sangat-sangat sampai lompat-lompat bila jumpa aku, tapi kali nie..sumpah!! lain sangat. Apa da jadi dengan dia?? Xpelar nanti petang aku tanya dia kenapa, so aku ngan Joe pon balik ke rumah untuk simpan beg dan rehat sekejap. Sambil-sambil rehat tu tiba-tiba Joe bersuara.

"Kau betul-betul kew sayangkan Melissa tu Shah??"
"Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu Joe?? Kau pon tawu kan macam-macam dah aku korbankan utk dia, mestilar aku sayangkan dia, dia tu first love aku Joe"
"Ye Shah itu aku tawu, tapi dia pulak macam mana?? Perasaan dia kt kau sama kew??"
"Kenapa kau ckp macam tu Joe??"
"Xdelar budak-budak kita selalu cakap dia nampak Melissa keluar dengan Afiq tp aku xnak bagitawu kau dulu sebab aku xnampak depan mata, nant kalau xbetul fitnah jadinya."
"Aku xpercaya dengan budak-budak nie, diorang kadang-kadang suka buat cerita jew"
"Xpelar bro, aku tawu kau betul-betul sayangkan dia"

Tepat jew pukul 2 aku dengan Joe terus ke The Store, sambil-sambil menunggu tuh sempat jugak lar aku makan cendol dulu sebab nak hilangkan perasaan resah nie. 

"Mana si Melissa nie?? Da dekat pukul 4 da, janji pukul 3" aku mengomel di dalam hati.

Tiba-tiba aku ternampak dia naik skuter dengan seseorang. 

"Haa?? Afiq!! Apehal dia naek moto dengan mamat tuh."

Bila Melissa turun jew dari skuter n bukak helmet, dia terus meluru datang dekat aku.

"Shah, Is xbole terima bunga nie, Shah ambil lar balik."
"Is..kenapa nie?? Shah beli bunga nie khas untuk Is taw, if xcantik xpe Shah boleh pegi beli bunga lain utk Is"
"Tak Shah, bukan macam tu"
"Habis tu?? Kenapa tiba-tiba bagi balik bunga nie?? 

Melissa hanya diam seribu bahasa sambil pandang ke bawah.

"Tu Afiq kan Is?? Kenapa Is datang dengan dia pulak??"

"Jawab soalan Shah, Is..Janganlar diam..Apa hubungan Is dengan Afiq tuh??"

Aku terus terduduk di tangga mall tu sambil memerhatikan Melissa yg sedang menangis teresak-esak di sebabkan soalan yg aku bagi bertubi-tubi tadi.

"Shah, isk..iskk..maafkan Is..Shah. Iskk..iskk..Is sendiri xpaham dengan perasaan Is, Shah jauh sangat dekat sana, Is sunyi Shah..isk..iskk"
"Sunyi ape nya Is?? Shah selalu jew call Is, message Is n balik Taiping nie bile Shah cuti, sunyi apa lagi??"
"Iskk..iskk..ye Shah itu Is taw, Is perlukan seseorang yg bole jaga Is kat sini"
"Is..opah kan ade bole jage Is n Is nak risaukan ape kawan-kawan Shah kat sini sume kenal    Is, if ade pape just cakap jew mesti diorang tolong."

Melissa terdiam balik sambil terus menangis. Aku pon tarik tangan dia pergi dekat Afiq sambil di perhatikan oleh Joe.

"Afiq, aku nak tanya ckit nie..da berapa lama korang bercintan nie??"
"Yang kau nak sibuk kenapa Shah??"
"Bro..aku tanya elok-elok nie..sejak bila??"
"Aku dgn dia da couple dekat setahun.."
"Setahun?? Hurm...tapi bro, kau tawu kan dia still dengan aku??"
"Yup!! aku tawu!! Dah dia yg nak kat aku, aku amek jelar??"

Aku terus berpaling kepada Melissa.

"Is..betul kew ape yg Afiq cakap nie??"
"Is xtawu Shah..Iskk..iskk..Is betul-betul xtawu nak cakap ape sekarang..isk..iskk.."
"Kenapa Is buat Shah macam nie ya?? Xckup kew segala pengorbanan Shah kat Is??"

Tiba-tiba si Afiq menyampuk.

"Hey Shah, dahlar..dia da xnak dekat kau, kau pergilah balik Kelantan kau tuh."
"Afiq..please..kau tolong diam jap, aku nak bercakap dengan dia."
"Habis kalau aku xnak diam kau nak wat ape?? Kau nak gado dengan aku ke??"

Aku dengan Joe hanya tersenyum dengan kata-kata Afiq, sebab ketika itu, hati aku seolah-olah kosong,xde perasaan marah, geram, benci, saket hati ataupon apa-apa.

"Bro, aku nie bukan jenis jantan yg nk bergado or saket-saketkan badan untuk perempuan yg xsetia okay. Xpelar..aku pon malas nak panjang cerita, lagipon korang da dekat setahun kan tipu aku..so xpelar, korang just go on jew okay, aku janji yg aku xkan kacau korang berdua lagi..So Afiq..kau ameklah bunga nie dan bagikan kepada Is, sebab aku memang betul-betul belikan bunga nie utk dia...dan Is anggaplah bunga nie daripada Afiq, bukan daripada Shah lagi okay, lagipon bunga secantik nie..bukan di tong sampah letaknya..tempat yg sesuai adalah di hati orang yg sedang bahagia bercinta..So Is jage diri baek-baek lepas nie, kirim salam rindu Shah dekat opah ye, sebab lepas nie Shah akan pergi selama-lamanya dalam hidup Is dan Shah xkan kembali lagi..dan kau Afiq, jage dia baik-baik. Aku dengar kau buat bukan-bukan sampai lubang cacing aku cari kau.."

Lepas jew aku cakap macam tu, air mata Melissa makin mencurah-curah sambil meminta maaf daripada aku 

"Iskk..iskk..maafkan Is..Shah..maafkan Is!!!"
"Shah dah lama maafkan Is, jage diri baik-baik, Assalamualaikum."

Aku terus start moto n masuk jalan wrong way, masa tu otak aku blank, hati aku kosong, aku xboleh berpikir apa-apa. Habis semua kereta n moto orang aku nak langgar, aku dan Joe nyaris-nyaris nak terlanggar lori ais. Aku terus pecut laju menuju ke tempat yg aku sendiri xtahu nak di tuju.

Dan aku tiba-tiba terhenti di suatu tempat..


No comments:

Post a Comment