Wednesday, January 11, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 4

Siapa yg xnak bercinta, setiap manusia ada hati n perasaan untuk merasakan nikmat berkasih sayang ini tapi bukan semua cinta dan kasih sayang itu akan berjaya, walaupun sehebat mana n seutuh mana sekalipon cinta itu jika xde jodoh ia xkan kemana. Bercakap pasal cinta nie, ya..setiap manusia yg bernyawa pasti akan merasainya, begitu juga aku..sebab perasaan cinta ini adalah kurnia daripada Allah s.w.t kepada hambanya tetapi terpulang kepada hambanya untuk menghargainya..

Cerita cinta aku nie bermula dari sebuah pertandingan bola baling di Sek. Keb. Bukit Jambu, ketika aku berusia 12tahun, ya aku tawu mesti korang cakap cinta aku adalah cinta monyetkan? Aku xkisah lah nie cinta monyet ataupun beruk, sebab daripada cinta nie lah aku belajar banyak benda, benda yg paling besar aku belajar ialah PENGORBANAN..

Aku ke sekolah tu untuk satu pertandingan bola baling peringkat daerah yg di anjurkan oleh Majlis Sukan Perak. Terdapat lebih daripada 10 buah sekolah yg menyertai pertandingan nie, tetapi sekolah aku tetap menjadi perhatian kerana sekolah aku merupakan juara bola baling nie selama 5 tahun berturut-turut, mane tidaknya sekolah aku merupakan sekolah premier utk budak-budak sukan luar bandar.

Setelah selesai sesi panas badan, sekolah kami akan bertemu dengan sekolah di daerah kamunting. Ketika aku nak masuk ke padang, aku tiba-tiba terpandang seorang gadis nie berpakaian pandu puteri dan berpayung merah jambu, dia sebagai pengira markah kami.
Wajahnya betul-betul cantik dan kulitnya putih gebu, dia betul-betul buat aku xboleh fokus ngn game aku harini, berapa kali peluang utk score aku terlepas sbb pandangan aku dekat dia xpernah lepas, aku rasa mungkin dia pon perasan yg aku asyik2 tgk dia..Bila tiba masa rehat, aku pun duduk lar dekat kerusi sebelah dia, nak tegur xberani so aku duduk jelar tgk2 dia, nak di jadikan cerita boleh pulak budak-budak sekolah aku datang dekat dia n kacau-kacau dia, tanya nama, duduk mana n macam-macam, tp perempuan tu memang jual mahal n xlayan budak-budak nie. Hmm..bagus aku paling suke perempuan yg mcm nie, jual mahal..

Lepas jew abes game aku hari tuh, aku nampak dia sekali lagi n dia tengah berborak dengan Zhariff (budak team aku). Hmm..nampaknye Zhariff pon da mula mengayat, xpelar bg aku BEST MAN WIN. So bile dalam perjalanan nak pulang ke sekolah kami, aku pon cuba-cuba lar tanya Zhariff ape yg da jadi.

Aku        : "Eyh Zhariff, awek yg borak ngn ko time blk tu cun lar, sape dia?"
Zhariff   : "Tular cun giler kan, tu yg aku usahakan dpt no fon dia jugak, akhirnya dpt lar
                  jugak..dia cakap nama dia Melissa"
Aku         : "Wahh!! Gempak lar ko, bole dpt no fon dia, so ape lagi trylar!!" (wpun time tu
                  dlm hati rasa panas jew, tp aku cool lg)
Zhariff   : " Xpe malam nie aku kol dia"
 Aku        : " Okay bro, gudluck ye!!"


Argghh!! Geramnyaaa..asal lar aku nie lambat sangat kan, tular malu sangat kan da terlepas, padan muka aku!! Tapi xpelar Zhariff pon belum confirm bole dpt dia, sebab aku tawu dia nie jenis perempuan yg bukan senang-senang nk ayat.

Keesokkan harinye, aku tgk muka Zhariff mcm serabut, selalu xmacam nie.

"Bro, okay x nie?? Asal serabut giler muka ko aku tengok?"
"Aku okay jew bro, nie sume pasal minah arituh lar"
"Haa minah mane pulak nie?"
"Alaa..yg semalam tuh..Melissa"
"Owhh dia tuh, haa kenapa da dapat ayat lom?"
"Nak ayat macam mane, time aku call tu dia byk senyap jew sampai aku pon xtawu nk borak ape dengan dia, last-last dia ley ckp aku nie membosankan pulak, tu yg serabut tu"
"Lar pasal tu je kew, dah2 kau xpayah nk serabut2 okay..cuba lagi mane taw okay!! Kalu xokay jugak ko bg jew aku no dia bia aku yg try"
"Malas dah aku nk try lagi, nah ko amek jew no dia nie, aku da malas!!"
"Eyhh ko bia betul nie?? Melepas nanti..hehe..xdelar aku gurau jew, nanti aku try okay!!"
"Xpelar ko amek jelar"


Teruk sangat ke perempuan tuh sampai Zhariff give up terus macam nie, setahu aku Zhariff bukan jenis yg senang nk give up..hmm..xpe2..belum cuba belum tawu. Ermm..Melissa ye..okay!! malam nt aku kol ko..kte tgk ape yg akan jadi..

Lepas jew solat maghrib, aku pon kayuh basikal kew pondok telefon sbb kalu guna telefon rumah takut ibu membebel, so berbekalkan duit2 syiling yg banyak nie boleh lar aku teruskan misi aku untuk kenal dengan dia. Sampai jew aku kt pondok telefon tuh, aku terus angkat gagang telefon dengan niat nk terus tekan no fon dia..tapi tiba-tiba hati aku berkencang laju n tangan aku menggigil nak tekan no tu.

"Kenapa dengan aku nie, aku xpernah macam nie kot" bisik hati aku.


Aku pon cuba kuatkan semangat, akhirnya aku berjaya buat panggilan tuh, tapi saat yg paling mendebarkan..adalah masa time bunyi..tuutt..tutt..tuutt..tiba-tiba aku dengar suara perempuan tu bercakap.

"Hello, Assalamualaikum"

Gedegaanng!! Aku cepat2 letak gagang telefon tuh, aku nerves okay..xpernah bercakap dgn perempuan sebelum ini, mane xnya dari darjah satu aku sekolah semua lelaki jew. Dahlar suara dia lembut n ayu jew time dgr td, brtambah gemuruh darah aku. Xpelar kali nie aku cuba kuatkan semangat aku. Tuutt..tuttt..

"Hello, Assalamualaikum"
"Err..Hello, Waalaikumussalam"
"Siapa nie?"

Bersambung...

2 comments:

  1. Perh! bestnya cerita ni makin kushyuk aku and geli hati pun ada...nama aku ah? sekali lagi..terima kasih andy..ko juga la~~hahaha

    ReplyDelete
  2. huhuu..tular name ko ni asyik terselit jew dlm sejarah idup aku nak wat cm mane kan.. =P

    ReplyDelete