Wednesday, January 11, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 5

"Err..saya Shah..kawan Zhariff, awak Melissa kan?"
"Ye, saya Melissa..Awak Shah yg mane ye?"
"Awak xkenal saya, tp saya kenal awak.."


"Adehh!! Ape yg aku mengarut nie, nanti dia ingat aku nie stalker pulak, stalker? hmm lebey kurang lar" aku mengomel sendirian.

"Hmm..So Shah ye? Budak pakai jersi no 7 tu kan?"
"Eyh..mane awak tawu?"
"Mestilar saya tawu nama awak sbb kt jersi tu kan ade tulis name awak n lagi satu budak-budak perempuan sekolah saya sume tergila-gilakan awak"
"A'ah lupe pulak saya yg dekat baju saya ade name, maaflah sebab saya selalu pandang-pandang kt awak time game pg tadi"
"Xpe saya xkisah pon, lagipon awak bukannya kacau saya macam budak-budak lain tadi, saya memang xsuka lelaki macam tu, tapi kenapa awak asyik pandang saya ye?"

"Gulpp!! tricky question!! Aduh macam mane aku nak jawab nie ye, xkan nk bagitawu dia yg aku suka tengok dia, malulah aku"cakap aku dlm hati.

"Eyh, xdelar sebenarnya saya suka tgk payung awak"(adeh!!apa yg aku mengarut niee...)
"Haa payung saya?"
"A'ah..eyh xdelar sebenarnya saya nak berkenalan dengan awak"


Adeehh!! macam mane ayat jiwang karat nie boleh keluar dari mulut aku pulak nie. Malunyeee aku..Korang pon mesti rasa macam nak muntah kan bile tawu ape yg aku cakap nie, haha..Nak buat macam mane, nie time aku budak-budak lagi ok, korang tuh ntah-ntah lagi jiwang dari aku, huhuu..ok kita sambung.

"Berkenalan dengan saya? Kenapa tadi time dekat sekolah saya awak xnak cakap?"
"Saya..err..malu lar time tuh, ramai sangat orang lagipun saya tgk ramai sgt orang yg nak kenal dengan awak, so saya pon tengok jelar, tapi xsangka pulak kita boleh berborak macam nie"
"Saya pon malu jugak tadi, sume budak-budak lelaki dtg kacau-kacau saya sebab tu saya lari kat tempat team budak-budak perempuan."
"Tular sapa suruh comel sangatkan.." (Adehh!! Terlepas lagi..Ishh mulut nie kan xreti tol nak cover kan..)
"Comel?? Xdelar saya biasa jew sama jew macam budak-budak lain"
"Betul lar, awak comel sangat sebab tu saya suka tgk awak, awak xmacam budak-budak perempuan yang lain, awak lain daripada yg lain sbb tu saya teringin sangat2 nak kenal dengan awak, saya harap awak xkisah kalau kita berkawan kan?" (Haa!! Amek kau!! Mulut nie sekali lagi terlepas, kali nie memang parah betul..ishhh!!"
"Hmm..kalau setakat nak berkawan apa salahnya tapi dengan satu syarat.."
"Haa?? Syarat?? Okay ape dia?"
"Syarat dia, awak kene dtg rumah saya n cakap dengan nenek saya yg awak nk berkawan dengan saya n mintak izin dari dia, boleh??"


Okay now cabaran aku amatlah besar..manelah aku pernah buat bende-bende macam nie, aku baru 12 okay..aku terdiam jugaklar sekejap time dengar syarat dia tuh, aku salah cakap kew tadi, aku rasa aku cakap nk kawan dengan dia bukan nak menikah dengan dia, adoii..Ya Allah bantulah hambaMu yg lemah lagi xtaw ape-ape nie..Xpelar berani buat berani tanggung, aku sahut cabaran tuh tp lagi bagus kalu family dia tawu dia berkawan dengan sapa kan..

"Okay, saya akan buat!! Tapi dengan satu syarat"
"Aikk awak pulak yg bagi syarat?? Okay ape dia"
"Hehe..syarat dia adalah awak kene bagitaw saya alamat rumah awak kalau x macam mane saya nak datang kan..hehe"
"A'ahh lupa plak saya, ok awak salin ye"
"Okay awak.."


Diam xdiam da dekat sejam aku bergayut dekat public phone tue, aku pon mintak diri dengan dia untuk tamatkan panggilan sebab da lewat malam nie, hmm..macam-macam yg kami bualkan daripada hal sekolah sampailar ke hobi. Dalam perjalanan aku nak balik rumah tiba-tiba aku teringat dengan ape yg Zhariff cakapkan time kt sekolah tadi. Zhariff cakap dia nie sombong n xbanyak cakap, tp time dengan aku okay jew semua. Hmm..maybe time diorang berborak tu Melissa period kot. Hehe..pandai-pandai jew aku kan. Aduhh!! terlupa pulak pasal nk kene mintak izin dengan nenek dia, macam mane lar rupa nenek dia ye, garang ke..baik ke..sporting ke..arghh!! pening pale aku pikir pasal suma nie..

Sampai jew rumah aku terus masuk bilik, perasan aku time tu happy bercampur risau n macam-macam bende yg bermain dalam fikiran aku time tuh..Xpelar yang penting aku nie betul-betul ikhlas nak kawan dengan dia. Pada malam tu aku cuba untuk buat solat istiqarah supaya diberi petunjuk ape yg aku buat nie semua betul n aku bermohon kepada Allah s.w.t supaya beri aku ketabahan untuk hadapi apa jua yg akan mendatang.

Selang beberapa hari, aku pon pergi ke rumah Melissa..

"Assalamualaikum..Assalamualaikummm"
"Waalaikumussalam, ye anak nie cari siapa?"
"Err..Nama saya Shah, makcik..Saya nie kawan Melissa"
"Owhh nie lar rupanya Shah yg si Is ceritakan tu ye, jemput masuk Shah"
"Ye makcik terima kasih"
"Shah jgn panggil makcik lagi ye, panggil opah jew, opah nie da tua xsesuai panggil makcik. Jadi, dah berapa lama Shah kenal dengan Is nie??"
"Err..maaf..baik opah, err..kami baru jew kenal opah, kami kenal pon masa saya ade game bola baling dekat sekolah dia, ermm..jadi tujuan saya datang nie pon sebab saya nk mintak izin dengan opah untuk berkawan dengan Melissa nie"
"Opah bukannye ape Shah, Melissa tu perempuan dan kamu nie lelaki, masing-masing dah akil baligh kan lagipon korangkan masih belajar lagi, banyak lagi benda yg korang belum tempuh, jadi opah bukannya marah kamu nak berkawan cuma risaukan keselamatan dan masa depan dia, tapi opah tawu kamu budak baik sebab tu opah suruh Is jemput kamu datang ke rumah..opah nak tengok sejauh mana kamu ikhlas nak kawan dengan Is nie, opah harap kamu paham ye apa yg opah cuba cakapkan nie"
"Ye, saya paham opah. sebab tu saya datang ke sini sebab saya nk kenal dengan family dia sekali"
"Baguslah kalau kamu dah faham, jadi opah izinkan kamu berkawan dengan dia tapi dengan syarat"
"Ye opah, apa syarat dia?" ("adehh..syarat lagi?"bisikku dlm hati)
"Kalau kamu nak jumpa dengan dia, kamu mesti datang jemput dia depan rumah dan hantar balik depan rumah tapi sebelum itu cakap dengan opah dulu kalau nak keluar, kalau keluar kamu berdua mesti balik sebelum pukul 6, boleh terima semua syarat-syarat opah"
"Ye opah, saya janji akan ikut semua syarat-syarat tu."


Pada umur aku 12tahun aku dah belajar apa itu tanggungjawab terhadap anak dara orang, dasyat betul life aku nie kan. Masa aku di ceramah oleh opah dia, aku ternampak Melissa tersengih-sengih sambil menunjukkan simbol "padan muka" kt aku. Siot betul..dia betul-betul puas ati kenekan aku kali nie..Tapi xpelar makanan yg dia masakkan tadi utk aku da buat hati aku yg geram nie lega. Xsangka betul dia pandai masak, yg peliknya dia macam taw2 jew ayam masak merah tu makanan kegemaran aku.

Sekejap jew masa berlalu, da dekat 2 tahun aku berkawan dengan Melissa. Dalam tempoh 2 tahun tu hubungan kami semakin rapat, aku kenal seluruh ahli keluarganya dan dia pon sama. Time aku form 3 tuh aku terpaksa berpindah ke Hulu Selangor kerana ayahku terpaksa bertugas di sana. Aku sedih sangat time tu, sebab terpaksa tinggalkan Melissa jauh, Melissa pon rasa sama dengan apa yg aku rasa. Pada hari sebelum aku berpindah aku sempat lagi berjumpa dengan dia.

"Is, lepas nie kte da xbole jumpa selalu taw..Shah da xbole teman Is pergi jogging, pergi library n pergi jalan-jalan kt taman tasik lagi"
"Xpelar Shah, Is paham, Shah pon terpaksakan ikut ayah Shah pergi sana, tapi Shah kene janji dengan Is yg Shah akan jage diri baik-baik kat sana, jangan menggatal pulak, Is kat sini akan setia tunggu Shah sampai bile2"
"Ishh janganlar cakap mcm tu, Shah akan tetap balik sini bila Shah cuti okay??"
"Betul nie?? Shah janji dengan Is ye yg Shah akan tetap balik sini walau jauh macam mane sekali pon Shah duduk.."
"Ye Is, Shah janji!!"

Aku masih ingat lagi raut wajah dia masa aku nak berangkat pergi, jauh dalam matanya aku tawu yg dia dah mula sayangkan aku, aku juga begitu. Hati aku masa tu rasa serba salah sangat sebab aku ternampak air matanya tiba-tiba mengalir, sebak hati aku melihat air mata dia mengalir disebabkan aku, belum pernah ade mana2 perempuan yg sanggup menangis kerna aku. Tambah-tambah lagi bila dia juga bekalkan aku nasi goreng berlaukkan ayam masak merah kegemaran aku untuk perjalanan aku ke sana.

"Ya Allah..Kau peliharalah dirinya dan Kau tetapkan lah hatinya untuk aku jika benar dia jodohku..amin ya rabbal alamin"

Bersambung...

No comments:

Post a Comment