Sunday, January 8, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 1

"Shah!! Bangun Shah!! tolong jangankan tinggalkan saya Shah..saya sayangkan awak"....

Kringg..kringg..kringg.,Haa!! dah pukul 10 pagi,Aduh!! lewat lagi aku harini, kelam kabut betul aku harini, ni semua pasal konvoi semalam lar, letih di buatnya dari KL ke Johor lepas tu patah balik ke KL. Lepas jew aku bersiap aku terus capai kunci motor aku, helmet dan jaket. Vroomm..vroomm..bunyi motor kesayangan aku, motor keluaran German ini memang dah lama aku impikan dari time sekolah lagi. Alhamdulillah sekarang aku dah mampu memilikinya, motor nie aku beli dengan hasil usaha aku selama ini sebagai model sambilan, syukur dengan pendapatan tambahan aku nie dapatlah jugak nak sara hidup aku sebagai seorang pelajar yang duduk berjauhan dari keluarga nie. Selamat lah jarak rumah aku dengan kolej aku tak berapa jauh dari rumah, hanya ambil masa dalam 15 minit sahaja. Sampai jew aku kt kolej, baru aku teringat yg aku tertinggal fail aku kt rumah. Memang bala betul lar harini dahlar dalam fail tu ada jadual semua. Abeslar macam mane lar pulak aku nak cari kelas nie. Dahlar aku baru jew masuk sini, memang sesatlah aku jap lagi nie.
Sedang sibuk aku membebel dalam hati, tiba-tiba aku terlanggar seseorang...

"Maafkan saya, saya betul2 tak perasan awak tadi" 
"Ape maaf2!! Buta ke? mata U letak kt mane haa? Jalan xpandang orang!!"
"Betul awak saya betul2 xperasan tadi, saya mintak maaf ok?"
"Dahlar, xpayah nak mintak2 maaf nie..bukannya hari raya pon nk mintak2 maaf"


Garangnya perempuan nie, aku mintak maaf elok-elok pon kene tengking balik. Lepas tu boleh jew belah macam tu, habis calar helmet aku.


"Hey Shah!!"
"Eyh.. Boy, ko pon belajar sini?"
"A'ah aku baru jew masuk sem lepas, ko tu wat ape kt sini?"
"Aku pun baru jew masuk daftar kat sini, nie pon aku tengah pening cari kelas aku xjumpa...eyh..Boy sape awek cun tadi?? Asal garang semacam jew aku tengok?"
"Owhh minah tu name dia Natasya, dia tu awek yg paling hot kt kolej nie, anak Tan Sri tue,  kenapa? ko minat kt dia kew? hahaa..ko jgn layan sgt minah tu..dia mmg mcm tu..asyik hangin satu badan jew"
"Ish..ade pulak sampai ke situ ko pikir, xdelar dia yang langgar aku lepas tu aku pulak yg dia marah"
"Dahlar Shah, ko biarkan aje minah tu..jom aku tunjukkan kelas ko"
"Orait jom!!"


Sampai jew aku kt kelas, aku terus jumpa dengan pensyarah aku dan mintak maaf sebab lambat. Selamat lar dia okay, xcakap banyak masa tuh tapi dia mintak aku kenalkan diri dekat kelas.

"Hye, Assalamualaikum semua, saya Shahrul Nizam, i'm 19 and i'm stay at Damansara Heights"


Tiba-tiba aku dengar ada suara bertanya..

"You nie hot lar"
"You ni comel lar"
"You single lagi kew?"


Aku pun senyum jelar dengar soalan-soalan diorang nie tadi malas nk panjang-panjang cerita, then aku terus duduk kat sebelah seorang mamat nie. Dia kenalkan diri dia kat aku nama dia Joe. Hmm..Sekejap jew masa berlalu da dekat satu jam aku dalam kelas nie, dengan perut yg berkeroncong nie aku memang langsung xboleh nk fokus belajar, jadi aku pon cuba lar curi-curi pandang budak-budak kelas aku. Tiba-tiba boleh pulak aku terpandang kat satu wajah yg agak familiar nie.

"Eyh nie minah yg langgar aku tadi, apa dia buat dlm kelas ni..aduhh! sama kelas lar pulak..ahh biarkan ajelah bukannya aku kaco dia pon"


Habis jew kelas aku tadi, aku terus call Boy.

"Hello, Boy..Ko kat mane? Jom teman aku pergi makan"
"Hello..ye aku dah agak da, mesti ko tgh kebulur kan? Ko kalau da kebulur baru nak aku, haha"
"Maunya aku xkebulur, dari pagi aku xmakan ko taw"
"Yelar2, aku gurau jew..ok kite jumpe tempat tadi"
"Okay bro!!"

Bersambung...

No comments:

Post a Comment