Friday, January 13, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 7

"Perempuan memang terlalu penting dalam kehidupan seorang insan bernama lelaki. Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Hawa a.s dari tulang rusuk nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi kesunyian baginda ketika keseorangan berada di syurga. Besar peranannya seorang perempuan di dalam kehidupan lelaki, tanpa mereka siapalah lelaki dan begitu juga sebaliknya. Allah s.w.t itu Maha Adil. Sedangkan haiwan juga punyai pasangan mereka sendiri inikan pula manusia." nukilan isi hatiku.

Masa pon terus berlalu, kini umur aku sudah pun mencapai 15 tahun, tahun untuk aku hadapi peperiksaan yg bakal menentukan langkah pertama aku untuk mencapai cita-citaku. PMR tinggal lagi beberapa minggu sahaja, kini aku dan Melissa terpaksa fokus sebentar untuk hadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Melissa pon paham dengan keadaan kami sekarang kerana aku akan jarang menghubungi dia buat seketika dan xdapat nak selalu datang ke Taiping seperti dulu.

Kini hanya rantai dia sahaja yang menjadi peneman sepiku, tapi apa boleh buat, inilah namenya pengorbanan walaupon kecil tapi besar maknanya.

Hari ini aku akan mengambil peperiksaan PMR, walaupon berdegup kencang hati ini aku cuba redakan dengan kalimah suci Al-Quran. Aku sempat juga menghubungi Melissa untuk ucap "Good Luck" kepadanya sebelum aku ke dewan peperiksaan, suaranya yang lembut itu membuatkan aku jadi tenang seketika. Aku rindu sangat-sangat dengan suara itu, itulah lebihnya Melissa dihatiku, dia tahu untuk mententeramkan hati aku bila aku dalam keadaan resah. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim..aku mula menjawab kertas peperiksaan ini.

Syukur ke hadrat illahi, setelah hampir seminggu aku menduduki peperiksaan aku tidak pernah rasa gentar dan takut serta kesihatan aku amat baik sekali.

Selang seminggu selepas itu, ibu memanggilku untuk berbincang sesuatu.

"Shah, ibu ade bende nak cakap dengan kamu nie"
"Ape dia ibu?? Cakaplah"
"Ayah kamu cakap dengan ibu semalam, yg dia terpaksa bertugas di Kelantan utk setahun"
"Haaa?? Apaa?? Kelaantaann?? Kenapa jauh sangat nie ibu??"
"Nak buat macam mane kan da keje ayah kamu mmg macam tuh, so nanti kamu packing lar sume barang-barang kamu, kita akan bertolak minggu depan"
"Cepatnyaa..abes result Shah macam mane nak amek nanti??"
"Itu sume kamu jangan risau, nanti ayah kamu akan suruh staff dia poskan"
"Baeklar ibu..."

Termenung aku sekejap bila terfikirkan balik apa yg ibu cakapkan tadi. Aduhh macam mane aku nak cakap dengan Melissa nie, mesti dia terkejut n sedih bila dengar semua nie. Sekarang nie aku nak dial no dia pon aku da jadi serba salah, xtahu macam mane nak cakap. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini..

"Helo, Assalamualaikum Is, Is tgh buat apa tu?? Da makan??"
"Waalaikumussalam Shah, Is xde buat apa-apa pun, baru jew lepas makan nie"
"Baguslah kalau macam tuh, Is kene makan taw bia cepat gemuk, baru lar sihat..hehe"
"Ishh xnaklar gemuk, nanti Shah cari girl lain pulak"
"Eyh xbaek taw cakap macam tuh, Shah nie kalau dah sayangkan seseorang tuh, Shah akan sayangkan dengan sepenuh hati Shah, Is pon tawu kan Shah sayangkan Is macam mana"
"Ye Shah, Is tawu. Terima kasih Shah"
"Sama-sama Is. Hmm..sebenarnya Shah ade benda penting nak cakap dengan Is nie, penting sangat-sangat..Hopes Is xterkejut ya??"
"Cakaplah Shah apa dia janganlar wat suspen macam nie"
"Hmm..sebenarnya..sebenarnyaa.."
"Sebenarnya apa Shah?? Cakaplah.."
"Hmm..Shah akan pindah ke Kelantan pulak nanti, minggu depan Shah akan berangkat ke sana."
"Haa?? Apa dia?? Kenapa tiba-tiba nak ke sana pula??"
"Tadi ibu ade bagitawu yg ayah Shah terpaksa bertugas di sana untuk 1tahun."

Tiba-tiba aku dengar suara Melissa teresak-esak menangis..

"Is, janganlar nangis..Walaupun Kelantan tuh jauh dari Taiping tapi Shah tetap akan balik sana untuk jumpa dengan Is, Shah janji Is..Shah janji.."
"Isk..isk..xdelar Is rase kita makin lama macam makin jauh jew"
"Is kenapa cakap macam nie, xbaik okay..Kan Shah da cakap walau jauh mcm mane sekalipun Shah tetap akan balik jumpa Is kan.."
"Ye Shah, terima kasih.."
"Dah ye, xmau sedih-sedih lagi. Is pergi rehat nanti okay, Shah ade keje nak buat sikit nie."
"Okay Shah, take care ye, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam Is"


Aku dah agak da, mesti dia nangis punya bila dengar pasal benda nie, ye memang betul ape yg dia cakapkan...


"Isk..isk..xdelar Is rase kita makin lama macam makin jauh jew"


Ayat tu betul-betul menusuk sampai ke kalbu aku, beribu pertanyaan bermain dalam fikiran aku.

"Xkanlah dia da bosan dengan hubungan jarak jauh macam nie??" aku tertanya-tanya...


Sape jew yg xsedih dengan hubungan macam nie, xmacam orang lain, kalau rindu jew bole jumpa tapi dia..hanya bole dengar suara saja. Sabarlar ye sayangku, jika ada jodoh xkemana..

Da hampir sebulan aku dekat Kelantan nie, macam-macam benda yg dah aku belajar, dari segi dialeknya, makanannya dan budayanya sumenya aku da tahu. Memang lain perasaannya bile berada dekat negeri orang nie, tapi xpe aku memang suke belajar sesuatu yg baru. Di sini juga lah aku belajar apa itu erti "Kesetiaan".

Aku tidak nafikan memang perempuan-perempuan di Kelantan nie sumenya cantik-cantik belaka. Aku ingat lagi masa mula-mula aku menjejakkan kaki di sekolah ini (sekolah di Kelantan). Aku terasa seperti aku nie orang asing bagi mereka. Ketika aku duduk di dalam dewan sekolah pon diorang memerhatikan sahaja aku, termasuk lelaki.

"Apa yg peliknya kt aku nie sampai diorang lihat aku macam tuh??" aku terpinga-pinga..


"Aku rasa zip seluar aku tiada masalah, hmm.. maybe penampilan aku agak berbeza daripada mereka agaknya. Xpelar abaikan aje. " aku cuba menyedapkan hati.


Masa pengetua berucap dekat depan, aku memamg xpaham satu patah pon apa yg dia cakapkan. Jadi aku pon buat hal aku jelar, sambil tengok-tengok orang di sekeliling aku. Tiba-tiba aku rasa macam aku dibaling dengan sesuatu, aku cuba lar cari apa dia, rupanya kertas yg di gumpal menjadi kecik. Aku cuba mencari siapa yg membalingnya, lalu aku terpandang sekumpulan pelajar perempuan membuat bahasa isyarat menyuruh aku membukanya. Aku dengan rasa penuh hairan pon membuka kertas itu.

"Hye awak!!" ayat yg tertulis di kertas tu.


Nampaknya pelajar-pelajar perempuan tadi bukan main happy lagi bila tengok aku senyum kt diorang..Ishh..macam-macam betul lar diorang nie, aku pon hanya senyum jelar sebab aku xtahu apa lagi yg boleh aku buat. Takot nanti aku di copkan "Si Sombong" pulak.

Bila perhimpunan dah habis, tiba-tiba aku rasa seperti seseorang mencuit bahuku dari belakang"

Bersambung...


No comments:

Post a Comment