Sunday, January 15, 2012

Aku Tetap MilikMu - Episod 8

"Assalamualaikum, kamu nie Shahrul Nizam kan?? Pelajar baru dari Selangor??"
"Waalaikumussalam..Ye saya, cikgu"
"Okay nama cikgu, cikgu Adnan, cikgu di merupakan guru kelas kamu, marilah cikgu tunjukkan kelas kamu dekat mana ya"
"Baik cikgu, terima kasih ya"
"Sama-sama"


Sebelum aku ke kelas, Cikgu Adnan bawak aku pusing-pusing sekitar sekolah supaya aku lebih "familiar" dengan sekolah ini. Xsangka besar jugak sekolah nie, nampak dari luar kecik jew. Aku juga sempat berbual dengan cikgu sekolah tentang beberapa perkara.

"Besar jugak ye sekolah ni ye cikgu??"
"Xdelar besar sangat berbanding sekolah-sekolah di Kuala Lumpur tuh, cikgu bawak kamu pusing-pusing nie pon sebab cikgu xnak kamu sesat dalam sekolah nie nanti..hehe"
"Sesat?? hehe..xkan sampai macam tu sekali cikgu??"
"Xdelar cikgu main-main sahaja. Ermm boleh tahan ramai jugak peminat kamu ya walaupun baru jew masuk sekolah nie"
"Haa?? Peminat?? Kenapa cikgu cakap macam tu pula??"
"Kamu xperasan kew budak-budak perempuan sume asyik pandang-pandang kamu bila kita lalu di hadapan kelas-kelas lain??"
"Ada juga perasan cikgu tapi saya ingatkan diorang pandang cikgu.."
"Buat apa diorang nak pandang saya?? Diorang tu pon da puas tengok muka saya hari-hari, anyway cikgu dengar dulu kamu nie pemain bola sepak sekolah wakil negeri Selangor, betul kew??"
"Hehe, manelar taw diorang minat cikgu kew..A'ah mane cikgu tawu saya dulu main bola??"
"Cikgu nie da ade anak 2 orang da Shah, xde maknanya diorang nak minat ngn cikgu. Owhh cikgu dapat tawu daripada meeting semalam dengan ajk-ajk sukan sekolah, so nanti ade pemilihan bola sepak untuk wakil sekolah, cikgu harap kamu dapat turun ya??"
"InsyaAllah cikgu, saya akan turun.."
"Okay, da sampai da kelas kita"


Cikgu Adnan nie masih muda umurnya dalam lingkungan 30 an, sebab itu senang nak berborak dengan dia. Sampai jew dekat kelas, semua pelajar di dalam kelas itu memberikan salam kepada cikgu Adnan, dan cikgu Adnan meminta aku untuk memperkenalkan diri kepada ke semua pelajar.

"Assalamualaikum semua, saya Shahrul Nizam, saya merupakan pelajar baru di sini, saya harap korang semua dapat tolong saya jika saya ada masalah. Terima kasih.."


Setelah selesai memperkenalkan diri, cikgu Adnan meminta aku duduk di sebelah budak bernama Amin. Amin nie merupakan seorang pelajar yang amat terkenal di sekolah ini dengan kenakalan dia. Teruk juga lar aku di kenakan oleh dia masa mula-mula masuk dulu, tapi sekarang kami da jadi kawan baik.

Hari ini merupakan hari pertama aku di sekolah baru, aku masih lagi berasa janggal dengan tempat ini, tiba jew masa rehat, aku seperti biasa, hanya duduk di dalam kelas kerana aku sejak dulu macam ini, bila masuk jew sekolah baru aku xakan pergi rehat selama seminggu, sebab aku nak biasakan diri dulu dengan persekitaran sekolah dan budak-budaknya juga. Ketika aku sedang asyik di dalam kelas, tiba-tiba aku terdengar suara budak-budak perempuan di pintu belakang dan mereka terus mengambil kerusi dan meluru mengelilingi aku. Masa tu aku rasa terkejut sangat dengan apa yg diorang buat, mana tidaknya hampir 6 orang pelajar perempuan keliling aku tapi apa yg aku pasti diorang bukan dari kelas aku.

Pelajar 1 : "Awak dah makan?? Kenapa duduk dalam kelas jew nie??"
Pelajar 2 : "Awak nama apa?? Awak asal mana??"
Pelajar 3 : "Awak ade no telefon?? Awak tinggal dekat mana??"
Pelajar 4 : "Nah..air kotak saya ade belikan utk awak"
Pelajar 5 : "Nah amek roti nie makan, mesti awak lapar kan"
Pelajar 6 : "Awak duduk hostel ke duduk rumah sendiri??"

Ya Allah, dasyatnye tempat nie..Bertubi-tubi soalan aku dapat nie..Aku dah lar xpaham sangat dengan dialek "Kelate" diorang nie, macam mane aku nak jawab nie, hmm xpelar mungkin diorang saja nak berkenalan dengan aku tu. Ibu pesan kita jangan sesekali sombong sesama makhluk nie, sbb Allah s.w.t xsuka. Jadi aku jawablar kesemua pertanyaan tadi satu demi satu.

Pelajar 1 : "Saya kenyang lagi sebab tu saya duduk jew dlm kelas nie"
Pelajar 2 : "Nama saya Shah, saya asal Kuala Lumpur"
Pelajar 3 : "No fon?? Maaflar saya punya fon baru je hilang minggu lepas, saya tinggal
                 dekat kawasan perumahan baru tu jew"(padahal fon aku ade jew kt uma..hehe)
Pelajar 4&5 : "Eyh xpe2..betul saya masih kenyang lagi nie, awak simpan jew ye, terima
                      kasih banyak-banyak ye"
Pelajar 6 : "Saya tinggal dengan keluarga saya"


Selesai jew aku menjawab soalan-soalan mereka, sekali lagi bertubi-tubi soalan diorang lontarkan dekat aku. Aduhh!! teruk aku kali nie kene interview dengan budak-budak perempuan nie. Xpelar layankan aje. Ketika aku baru saja nak menjawab pertanyaan mereka, tiba-tiba budak-budak perempuan tadi kelam-kabut lari, aku hairan dengan sikap diorang nie. Owhh..rupa-rupanya si Amin da masuk kelas, hehe..bagus jugak ade orang macam Amin nie, ramai yg takot dengan dia, selamat aku kali nie.

Amin dengan muka selamba, duduk di tempatnya sambil meletakkan kaki di atas meja, betul-betul ganas lar si Amin nie. Tiba-tiba si Amin nie bersuara..

"Gapo dio dak-dak tino tu nok denge mung??" (Apa yg budak2 perempuan tu nak dengan kau?"
"Diorang nak berkenalan dengan aku itu jew"
"Owhh, molek lar gitu.." (Baguslar kalau macam tu)
"Amin, tandas dekat mana ya??"
"Mung g lar cari sediri, tandas duk depe tu jah" (Kau carilah sendiri, tandas kt depan tu je)
"Okay, aku cari sendiri"


Kini aku da boleh paham sikit-sikit bahasa Kelantan nie. Xpelar nanti lama-lama ok lar tuh kan. Teringat pulak aku ape yg cikgu Adnan cakap tadi pasal pemilihan bola sepak sekolah tuh, peluang baik aku untuk rasa macam mane bermain dengan orang Kelantan nie, sebab aku pernah dengar cara diorang bermain bola nie laju, so boleh lar aku belajar dengan diorang sedikit.

Selesai sahaja sesi persekolahan aku untuk hari yg pertama nie, aku terus pulang dengan scooter yg dihadiahkan kepadaku pada hari jadi aku tahun lepas. Sekurang-kurangnya dengan ada nye scooter nie boleh lar aku jalan-jalan untuk melihat sendiri keindahan Kelantan nie. Sampai sahaja aku di rumah, tiba-tiba fon aku berdering. Hmm..Joe?? Kenapa dia call nie ya..

"Assalamualaikum, ye Joe..Kenapa??"
"Waalaikumussalam, eyh Shah aku ade bende penting nak bagitawu nie.."
"Bunyi macam penting jew, cakaplah apa dia??"
"Pasal Melissa, tadi aku ade nampak dia jalan dengan Afiq"
"Haa?? Afiq?? Kat mane kau nampak Joe??"
"Ye Afiq, musuh ketat kau time sekolah rendah dulu, aku nampak dia dekat pekan tadi, bukan main mesra lagi diorang aku tengok, aku bukannye apa Shah aku tawu macam mane sayangnye kau dekat dia, aku xnak tgk kau kecewa di sebabkan dia, aku kawan baik kau Shah"
"Hmmmmm..ye Joe terima kasih, aku taw kau jaga aku dengan baik dari kecik tapi xplar aku try tanye dia, anyway thanx ye Joe.."
"Okay, kau tanyelar dia dulu tapi apa yg aku tawu, aku xsalah pandang, itu memang dia.."
"Baeklah Joe, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam.."

Jantung aku tiba-tiba macam terhenti seketika bila dengar apa yg Joe bagitahu tadi. Ye, aku xnafikan yg Afiq merupakan budak yang paling jambu di Taiping yg pernah aku kenal, tambahan pula bapanya seorang dato' yg amat berpengaruh di sana dan Afiq pula satu sekolah dengan Melissa. Aku tiba-tiba rasa sedih bila merenung kepada rantai yang Melissa bagi kepada ku dulu. Macam-macam yg bermain di fikiran ku. Jadi aku buat keputusan untuk hubungi Melissa.

"Tuuutt..tuuttt..tuutt..the number you have dial cannot reach at the moment.."


Da hampir seminggu aku cuba call dia, susah betul nak dapat cakap sekarang, bila dapat jew pasti dia tengah busy, tengah buat kerja n macam-macam lagi lar alasan dia. Xkanlah dia betul-betul dah....Ishh aku xnak lah fikir bukan-bukan, mungkin dia betul-betul tengah busy time tu. Rantai yg di tanganku tadi terus aku tatapi, tiba-tiba aku teringat di saat aku menyatakan hasrat aku untuk menjadi kekasih hatinya dulu di taman tasik.

"Is, Shah sebenarnya ade sesuatu nak cakapkan kepada Is, Shah harap Is dapat dengar apa yg Shah cuba sampaikan ni dengan jelas ye", kataku sambil melutut di hadapannya, tangannya ku pegang erat dan matanya aku tenung sedalamnya.


"Hmm..ye Shah..Is dengar, cakaplah apa dia", Melissa membalas kataku walaupun dia rasa agak malu dengan kelakuanku kerana ramai orang lalu lalang ketika tu.


"Is, dari kali pertama Shah pandang Is..Shah da mula jatuh cinta dengan Is, Is lain sangat2 daripada perempuan2 yg pernah Shah kenal dulu, senyuman Is, gelak tawa Is, semuanya Shah suka, sebab semua tu jew yg boleh mengubat hati Shah kalau Shah ade masalah, jadi sudi tak Is, jadi kekasih Shah??"


Is tergamam seketika dan aku lihat air matanya tiba-tiba menitis, jari-jemari aku dia genggam erat, aku pon mengesat air mata yg jatuh di pipinya itu sambil berkata.


"Is..kenapa menangis nie?? Shah ade tersalah cakap kew?? If ade, Shah mintak maaf sangat2 ye"


"Tak sayang, Shah xde wat salah pape, Is menangis sebab Is rasa bahagia n happy sangat2 bila Shah cakap macam tu, ye Shah, Is sudi jadi kekasih Shah sampai bila-bila"

Waktu tu aku rasa seperti nak terjun jew kt dalam tasik tu sambil berenang-renang keriangan. Hati aku happy sangat-sangat masa tu, Tuhan jew yg tawu mcm mane.

Tapi kini, semuanya macam dah berubah, kami dah jarang hubungi antara satu sama lain. Walaupon keadaan sekarang macam ini, aku xpernah terniat untuk curang dengan dia kerana aku hanya sayang dan cintakan dia seorang sahaja. Xmungkin aku akan cintakan orang lain sebab hati ini dah xde ruang lagi untuk insan lain penuhi. Ketika aku sedang asyik memikirkan pasal dia tiba-tiba henfon  aku berdering lagi. Haa..Melissa, panjang umur dia.

"Assalamualaikum Shah, tadi kenapa call??"
"Waalaikumussalam Is, xdelar tiba-tiba jew rasa rindu dengan Is, hmm..Is..Shah nak tanye sikit boleh??"
"Ye Shah, tanyelar apa dia??"
"Is ada kua dengan sape-sape kew kat pekan arini??"
"Eyh, macam mana Shah tawu Is kua td??A'ah Is ade keluar dengan kawan-kawan sekolah Is, kenapa Shah??"
"Keluar ramai-ramai kew?? Berdua??"
"Ramai-ramai lar Shah, Shah nie kenapa??"
"Xdelar ade orang bagitawu nampak Is keluar berdua dengan Afiq, betul ke??"
"Haa?? Sapa bagitawu?? Xdelar mula-mula Is keluar ramai-ramai, lepas tu kitorang berpecah then si Afiq nk pegi tempat yg sama Is nak pegi, sebab tu nampak kami berdua"
"Owhh..kalau macam tu xpelar, Shah just nak dengar dari mulut Is jew, betul ke x.."

Bersambung...

No comments:

Post a Comment